"Saya tak perlu satukan ibu dan Fazura kerana.." - Fattah Amin Dedah Hubungan Fazura Dan Ibunya

Share:
 
Perkahwinan pelakon Hero Seorang Cinderella iaitu Fattah Amin dan juga Nur Fazura Sharifuddin ternyata telah melengkapi kehidupan kedua-dua merpati dua sejoli ini.

Menjadi lebih bahagia apabila hubungan pasangan ini telah mendapat restu dari keluarga terutama dari ibunya.

Menerusi laopran portal Keluarga.my, Fattah Amin mendedahkan kedua-dua isteri dan ibunya cukup mesra dan boleh ‘get long ‘bersama.

Pelakon ini memberitahu, pertama kali berjumpa, merek amat mesra seolah-olah sudah lama kenal.

Ini pendedahan dari Fattah Amin:

"Ibu layan Fazura seperti anaknya yang dijaga sejak kecil dan begitu juga dengan Fazura sendiri. Pertama kali saya membawa Fazura bertemu ibu dan nampak chemistry antara mereka, daripada situ saya sudah dapat rasa akan restu dan persetujuan daripada wanita yang cukup terindah dalam hidup saya.

"Lagipun ibu tetap ibu dan dengan sesiapa sahaja dia mudah mesra dan ramai yang boleh get long dengannya kerana sangat terserlah sifat keibuannya. Bahkan, peminat saya di luar sana kalau bertemu pun sudah memanggilnya ibu.

"Mungkin sebab itu saya tak perlu untuk menyatukan ibu dan Fazura kerana secara natural ‘bonding’ antara mereka sudah ada. Fazura sendiri melayan ibu saya seperti ibunya sendiri dan nampak di mata kita akan ‘cantiknya’ hubungan yang terjalin antara mereka berdua.

"Ibu dan Fazura masing-masing memiliki sifat penyayang dan daripada situ saya dah nampak memang Fazura memang jodoh terbaik yang sememangnya direstui oleh ibu dan ahli keluarga yang lain"


Fattah Amin telah nekad untuk menjadi seorang suami yang baik, dan juga anak yang mithali.

Pelakon ini akui sentiasa mengharapkan doa dan restu daripada kedua belah ahli keluarga serta para peminat.

Tambah Fattah lagi, dia sentiasa berpegang pada prinsip, restu dan berkat ibu bapa penting. Oleh itu, apa jua yang dia lakukan, mesti akan minta restu dari kedua orang tuanya.


Sumber: Keluarga Dot My

Tiada ulasan