"Seriously.. We don't want to know" - Respon Damian, Yassin Terhadap Pendedahan Rita Rudaini

Share:

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini ada mendedahkan kisah hidupnya menerusi sebuah buku yang kini sedang hangat dijual.

Buku itu berjudul "Kerana Aku Seorang Perempuan" dan ianya merupakan kisah benar tentang kehdiupan yang dijalani oleh Rita Rudaini.

Ini termasuk kisah yang melibatkan pernikahannya dengan bekas suami, pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Menerusi satu laporan mStar, pelakon ini ada mendedahkan bahawa dia bernikah dengan Aidil Zafuan di dalam sebuah gudang beras.

Ini kerana imam yang menikahkan pasangan ini tinggal di dalam gudang terbabit.

Malah, Rita Rudaini juga ada berkongsi gambar pernikahan mereka berdua di dalam buku berkenaan.

Kisah ini terus menjadi viral di sosial media. 

Apabila ianya di laporkan oleh portal mStar, ada selebriti yang memberi respon tentang hal ini.

Damian Mikhail, ahli kumpulan VE, telah menyatakan padangannya menerusi laman Ig miliknya.

Komposer dan penyanyi ini memuatnaik keratan laporan dari mStar yang mendedahkan pernikahan Rira Rudaini dan Aidil Zafuan di dalam gudang beras.

Ini tulis Damian:

"Ada lagi ke. Move on already. Seriously. Let go lah. Make life a lot easier and happier for everyone. We really don't want to know."

Pandangan dari Damian ini mendapat reaksi dari para followernya, ada yang bersetuju dengan komen Damian ini.

Malah seorang lagi penyanyi dan komposer iaitu Yassin Sulaiman turut memberi komen bahawa info ini langsung tidak bermanfaat.

Ini tulis Yassin:

"Unwanted information. tak inspiring langsung"

Damian kemudian memberi respon dengan menyatakan dia meluat dengan info seperti ini.

Namun ada juga yang menyatakan tidak ada salahnya RitaRudaini berbuat demikian.

Ini pandangan dari salah seorang netizen bernama Ayu di ruang komen IG Damian:

ayu_riqa:  "There's nothing wrong pon.. Kalau rasa don't want to know or not inspiring at all, tak perlulah baca.. Itu cuma dia nak bukukan kisah hidup dia, perjalanan hidup dia, pahit maung yang dilalui... tak bermakna bila dia bukukan kisah hidup dia, bermaksud dia tak move on.. Orang tak kan faham.. kalau tak suka, tak perlu baca or ambil tahu.. By the way, sorry ya, this is just my personal opinion"

damianmikhailmusic: "@ayu_riqa thank you for your opinion. I beg to differ though. To me, sudah-sudahlah. Tutup lah AIB semua. Kalau nak cakap tak suka jangan baca, sama juga orang ramai boleh cakap kalau tak boleh dikecam, tak perlu jaja personal life.


Itulah pandangan dari Damian VE dan juga Yasin Sulaiman tentang isu ini.

Apapun, buku Rita Rudaini berjudul Kerana Aku Seorang Perempuan itu ditulis oleh Pengarang Pancaindera iaitu Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Untuk pengetahuan, Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013.

Sepanjang perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9 tahun, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 tahun.

Sumber: IG Damian Mikhail

Tiada ulasan