Sufian Suhaimi Ada Lagu Raya, Tapi Sendu

Share:

Rupa-rupanya penyanyi yang sedang menjadi bualan ramai iaitu Sufian Suhaimi pernah mengeluarkan lagu sempena sambutan hari raya Aidil Fitri pada tahun lalu.

Judul lagu raya berkenaan ialah Kasih Lebaran.

Namun begitu, lagu berkenaan langsung tidak mendapat sambutan dari para pendengar.

Kata penyanyi berumur 26 tahun ini, lagu itu tidak sempat untuk dipromosikan menyebabkan ramai orang tidak mengetahuinya.

"Saya memang ada satu lagu untuk hari raya. Lagu berjudul Kasih Lebaran itu sudah ada sejak awal Jun tahun lalu.

"Mungkin ramai orang tak tahu sebab saya dan pihak pengurusan tidak sempat nak membuat sebarang promosi untuk lagu itu.

"Ketika lagu itu dilancarkan, sudah nak masuk bulan puasa. Tapi ahli kelab peminat saya sudah mengetahui lagu itu,"

Lagu itu dicipta oleh Sirkhan dan Rinkarnaen dan sehingga kini hanya mendapat lebih 144,000 tontonan.

Penyanyi ini dalam perancangan untuk mempromosikan kembali lagu berkenaan.

"Insya-Allah, memang ada perancangan untuk melakukan promosi untuk lagu itu pada tahun ini.

"Memandangkan bulan ramadan pun sudah hampir tiba. Rasanya dah tiba masa yang sesuai untuk lagu itu diperdengarkan,"

Dalam pada itu, Sufian meluahkan rasa syukur dan gembira apabila lagu Di Matamu sudah mencecah lebih 21 juta tontonan di Youtube dalam masa hampir dua bulan.

Khabarnya, lagu itu bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Sufian juga menafikan pihaknya ada membeli tontonan kerana lagu Di Matamu sememangnya amat popular dan sering diputarkan di corong radio.

Lagu berjudul Di Matamu ini menjadi viral kerana ianya dikatakan luahan hati Sufian Suhaimi tentang apa yang berlaku dalam hubungan cintanya dengan Elfira Loy.

Semoga maju jaya buat Sufian Suhaimi.


Tiada ulasan