"Terasa hampir terputus nafas.." - Sari Yanti Tampil Kongsi Detik Lahirkan Anaknya, Dariya Inara

Share:
 
Pasangan selebriti yang sedang bahagia, Jep Sepahtu dan Sari Yanti kini slemat menerima kehadiran cahaya mata mereka baru-baru ini.

Sari Yanti selamat melahirkan anak perempuan minggu lalu dan kedua-duanya dalam keadaan sihat walafiat.

Semalam, genap seminggu, Jep Sepahtu berkongsi wajah anaknya itu dan mengumumkan namanya anaknya iaitu Dariya Inara, nama yang cukup indah.

Malam tadi, Sari Yanti pula berkongsi foto wajah anaknya itu di laman IG miliknya.

Sari Yanti juga sempat berkongsi kisah di saat melahirkan anak ketiganya itu.

Ini perkongsian dari Sari Yanti:

"Bismillahirrahmanirrahim.

"Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. LILLAHITA'ALA. -SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH. WALAILLAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR. .

"Pada 25/4/2018, Kakak dah selamat melahirkan anak diusia kandungan kakak 37 minggu. @dariyainaraofficial

"Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia @jepsepahtu .
#anakabah

"Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah. .

"Segala pujian bagi Allah SWT.
Selawat dan salam pada Rasulullah SAW.

"Terima kasih Sayang @jepsepahtu untuk doa,
Semangat , cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat , bimbang, panic , buntu , sebak semua tu akan jadi memori yang sangat indah

"Terima kasih mama. Untuk doa yang tak putus putus. Untuk air mata mama. Untuk penat lelah menunggu untuk kesabaran yang berpanjangan. Dan tentulah untuk melahirkan 'anti' hampir 34 tahun dulu.

"Terima kasih baba, mak, abah untuk doa kasih sayang dan rasa bimbang.  Alhamdulillah dah selamat. Semoga semuanya akan beroleh bahagia

"Terima Kasih anak anak mama Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq - kasih sayang untuk mama selalu menjadi penguat mama. Sekarang dua dua jadi dah jadi big brother untuk Dariya Inara. Tak sangka such a loving brother u both are

"Terima kasih adik beradik.. keluarga dan sahabat handai yang memang tak pernah gagal untuk ada. Sayang korang semua.

"Dan terima kasih Awak Semua untuk ucapan dan doa yang baik baik. Semoga Allah balas kebaikan kata kata anda semua dengan ketenangan ,rahmat dan kegembiraan.
 

"ALHAMDULILLAH, Assalamualaikum everyone @dariyainaraofficial @jepsepahtu


Itulah ucapan dari Sari Yanti setelah selamat melahirkan anak ketiga buat dirinya.

Tahniah diucapkan buat Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti. Semoga Dariya Inara sihat selalu dan jadi anak yang baik serta solehah!

Sumber: IG Sari Yanti

Tiada ulasan