Terlalu Romantik! Kejutan Ude Wahid Buat Izreen Azminda Terharu.. Berbunga-Bunga Hati

Share:
 
Pelakon jelita Izreen Azminda telah memuatnaik update terkini di laman media sosial Instagram miliknya yang menjadi perhatian orang ramai.

Izreen Azminda memuatnaik foto sejambak bunga dan meluahkan rasa terkejutnya di Instagram yang dirinya terkejut apabila menerima bunga itu dari pemberian suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.

Pelakon berusia 33 tahun itu berkata, dia langsung tidak menyangka suaminya mempunyai sikap yang amat romantik seperti itu.

Izreen juga akui bahawa ini adalah kali pertama dirinya mendapat hadiah sejambak bunga daripada seorang lelaki.

ulisnya pada kapsyen gambar sejambak bunga ros merah itu.

Terharu dengan pemberian suaminya itu, Izreen mengucapkan jutaan terima kasih dan mengatakan dia akan terus mencintai Ude Wahid walau apa pun yang akan terjadi di masa depan.

Ini caption Izreen Azminda di laman IG miliknya:

"Allahuakbar, ingatkan ada penyangak depan rumah tekan loceng banyak kali. Tetapi kalau nak merompak, takkan tekan loceng pula kan?

"Buka pintu terus nampak bunga. Tidak sangka pula orang itu (suami) seromantik ini. Berkurun saya tak pernah merasa dapat bunga. Selalu tengok dalam TV saja.

"Kalau berlakon pun babak hero bagi bunga boleh kira dengan jari. Tidak menjangka hari ini betul pula (dapat bunga),"

"Apa pun, terima kasih suami dan saya cintakan awak walau apa pun terjadi. Terharu pula. Terima kasih, terima kasih, terima kasih,"

Diimbas kembali, Izreen Azminda dan pemuzik rancangan Gegar Vaganza, Ude Wahid telah bernikah pada 8 Ogos tahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertama, iaitu Intan Liana Salleh.

Ude Wahid kemudian telah melafazkan cerai terhadap Intan Liana atas alasan sudah tiada lagi persefahaman.

Sejak berita perkahwinan Izreen sebagai isteri kedua tersebar, netizen tidak henti-henti menyerang Instagram miliknya.

Keadaan itu bertambah buruk apabila Ude Wahid telah menceraikan isterinya. Izreen terpaksa menyahaktifkan akaun Instagramnya buat sementara waktu.

Namun Izreen kembali mengaktifkan Instagramnya tetapi ruangan komen terpaksa ditutup sehingga ke hari ini kerana didirnya masioh lagi menjadi tumpuan para netizen.

Sumber: The Reporter / Harian Metro

Tiada ulasan