Tun Mahathir Catat Sejarah, Angkat Sumpah PM Malaysia Ke-7 Hari Ini

Share:

Sememangnya satu hari yang penuh bersejarah (9 Mei 2018) apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan satu majlis angkat sumpah perdana menteri akan diadakan pada Khamis.

Dalam satu sidang media kira-kira jam 3 pagi, Khamis, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan Pakatan Harapan telah membentuk kerajaan persekutuan apabila menang majoriti mudah 120 kerusi Parlimen.

Parlimen yang dimenangai ialah PKR 103 kerusi, DAP 9 kerusi dan Warisan 8 kerusi, menjadikan jumlahnya 120, sekali gus membolehkan gabungan parti itu menakluk Putrajaya.

"Esok kita akan adakan angkat sumpah perdana menteri. Perdana menteri akan lantik timbalannya dan menteri-menteri lain...very simple," katanya pada sidang media, awal pagi Khamis.

Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Buat pertama kali dalam sejarah berlakunya pertukaran kerajaan Persekutuan di Malaysia selepas 60 tahun Barisan Nasional memerintah secara dominan.

Sementara itu Tun Mahathir juga membayangkan barisan kabinet yang terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai peringkat usia.

"Sebelum ini kita hanya menetapkan jawatan untuk PM dan TPM tapi tidak menamakan barisan menteri kabinet

"Jadi saya sekarang perlu bincang dengan keempat-empat presiden parti dan ia akan buat saya pening kepala," itulah kata Tun M.

Ditanya mengenai kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara, kata Dr Mahathir, bekas timbalan perdana menteri itu sepatutnya bebas pada Jun ini.

"Kita akan segerakan proses pengampunannya dan selepas itu dia boleh jadi PM, tetapi bagaimanapun perlu bertanding pilihan raya untuk jadi ahli parlimen atau sekurang-kurangnya senator untuk jadi PM," kata Tun M tentang Anwar Ibrahim.

Itulah kenyataan dari Tun Mahathir yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia kali ke-7.

Semoga Malaysia terus maju dan berjaya!

Tiada ulasan