Home Top Ad

Responsive Ads Here

(VIDEO) Luahan Lan Solo.. Mengalir Air Mata Bercerita Tentang Anaknya Dihina Kerana Sumbing

Share:
 
Penyanyi yang mula meningkat naik selepas menyertai Gegar Vaganza iaitu Lan Solo selamat menimang cahaya mata keempat selepas isterinya Sheila Razlan melahirkan anak perempuan baru-baru ini.

Anaknya yang keempat ini telahpun disahkan mempunyai sumbing di bibir nya atau cleft lip.

Ekoran ketidak sempurnaan anaknya itu, Lan Solo mendedahkan memang ada pihak yang menghina dan mengejek anaknya itu.

Bagi ibu bapa, kehadiran cahaya mata sememangnya kurniaan yang amat bernilai dan membahagiakan serta menjadi penyeri sesebuah keluarga.

Namun apabila anak menajdi mangsa kutukan dan diejek kerana 'tidak sempurna', ianya sememangnya membuat hati ibu bapa akan terusik dan berasa sedih.

Itulah yang dirasa oleh penyanyi Lan Solo apabila anaknya itu menerima nasib yang sama, diejek kerana bibirnya sumbing.

Melalui satu temubual di rancangan CCTV Astro Ria, Lan Solo telah meluahkan perasaannya apabila berdepan dengan situasi itu.

Ini antara luahan Lan Solo:

"Saya tahu pasal anak saya cleft pun bila 6 bulan lebih, memang mulanya down. Bukan nak cakap apa, bukan kita mintak. 

"Bila ada yang cuba mempertikaikan anugerah Tuhan, saya agak terkilan dengan netizen.

Tentang reaksi isterinya, Lan Solo berkata isterinya tidak pernah menyesal, dan sebagai suami dia sentiasa memberi kekuatan kepada isteri dengan kata-kata semangat dan kata yang positif.

Ini video penuh luahan Lan Solo di rancangan CCTV:



Tindakan individu dan setengah netizen yang mengejek anak Lan Solo ini amat kurang ajar dan tidak patut dilakukan.

Rata-rata orang ramai, tidak bersetuju dan mengecam tindakan orang yang menghina anak Lan Solo ini.

Sememangnya ini satu dugaan buat Lan Solo dan keluarganya. Apapun, Lan memberitahu, anaknya akan dibedah pada hujung bulan Mei nanti untuk merawat sumbing anaknya itu.

Semoga segalanya berjalan lancar buat anak Lan!

Sumber: CCTV

No comments