Farid Kamil Terpaksa Tangguh

Share:


Suami kepada Diana Danielle, Datuk Farid Kamil akhirnya terpaksa menangguhkan pembedahan pada bahagian lutut kirinya kerana terjatuh yang sepatutnya dilakukan pada bulan Mei yang lalu.



Selebriti berumur 37 tahun ini terpaksa membuat keputusan itu selepas mengambil kira faktor proses pemulihan yang mengambil masa selama enam bulan sekali gus ia menggangu perjalanan karier seninya selain prosiding mahkamah terhadapnya yang sedang berlangsung.

Perkara ini dijelaskan oleh Datuk Farid Kamil sendiri.

"Saya terpaksa tangguhkan pembedahan itu terlebih dahulu kerana ia mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk pulih.

"Tempoh itu sekali gus akan menjejaskan karier seni dan jadual saya selain mengambil kira kes mahkamah yang sedang berlangsung

Farid Kamil berkata sedemikian ketika ditemui selepas hadir ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi sebutan semula lima kes jenayah terhadapnya namun kes itu ditangguhkan pada 27 Ogos depan.

Dimbas kembali, pada 2011, tempurung lutut kirinya retak akibat terjatuh ketika menjalani penggambaran filem Dampak dan ia meninggalkan kesan sehingga ke hari ini.

Farid kini sedang menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan risiko kecederaannya sebelum mendapat tarikh baharu pembedahan.

Kata Farid, dia tetap akan menjalani pembedahan kerana jika kecederaan itu dibiarkan ia akan bertambah teruk.

"Buat sementara ini saya sedang menjalani rawatan fisioterapi sebelum saya mendapatkan tarikh baru.

"Saya tetap akan jalani pembedahan cuma sedang susun jadual dan selesaikan beberapa tugas tertangguh kerana proses pemulihan memakan masa.

"Buat sementara ini, tawaran filem genre aksi saya tolak terlebih dahulu untuk kurangkan risiko kecederaan"

Datuk Farid Kamil telah terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem aksi ekoran kecederaan pada bahagian lututnya.

Sementara itu Farid Kami akan menjalani ke sebutan tentang beberapa isu yang melibatkan isu dirinya termasuk mengamuk di balai polis, mengambil bahan terlarang dan juga membuat kenyataan palsu beberapa bulan yang lalu yang menjadi viral.

Tiada ulasan