3 Tahun Kahwin Tak Dapat Anak... Ini Pendedahan Doktor Tentang Marsha Dan Suami

Share:

Sehingga hari ini, sudah 3 tahun pelakon dan penyanyi Marsha berkahwin dengan suaminya bernama Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail., seorang usahawan.

Apabila sudah 3 tahun sudah tentu ada yang bertanya tentang anak.


Sempat dicuit mengenai anak, Marsha berkata, seperti wanita lain, dia juga ada menginginkan untuk bergelar ibu.

Namun sehingga kini mereka berdua tiada rezeki itu.

Ini komen dari Marsha tentang hal anak:

BELUM REZEKI

"Belum ada rezeki lagi ke arah itu. Mungkin Allah mahu melihat sejauh mana saya bertahan mengharungi ujian hidup. Saya dan suami sentiasa bersabar, malah tidak pernah mengalah untuk terus berusaha.

SIBUK PROMOSI LAGU

"Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua, maklumlah sebelum ini, saya hampir sebulan tidak bertemu suami kerana sering berulang-alik ke Sabah untuk konsert dan promosi single terbaru.

"Kami ibarat bercinta jarak jauh, tetapi mujur suami faham dan tidak menghalang minat saya," 

KATA DOKTOR

"Saya pun ada buat check up dan doktor pun kata semua okey saja, cuma masih belum ada rezeki lagi. Mungkin Allah, suruh rapatkan silaturrahim dengan suami, sebelum ada orang ketiga nanti yelah maybe just need more time,"

Mungkin belum tiba masanya, nanti ada lah tu. Ramai tak sabar nak lihat pelakond an penyanyi jelita ini mempunyai anak. Mesti comel sangat.

Pasangan ini bernikah pada tahun 2015 setelah 2 tahun bercinta dan telah berkenalan hampir 10 tahun sebelum itu

Semoga perkahwinan antara Marsha dan suami terus utuh dan berbahagia selalu.

Diimbas kembali, Marsha mula popular setelah menyertai program realiti TV Akademi Fantasia.

Selian menyanyi, Marsha merupakan artis serba boleh dan hebat berlakon selain handal mengacara.

Tiada ulasan