(4 FOTO) Wajah Baby Baru Fauzi Nawawi, Lisdawati Selamat Lahirkan Bayi Lelaki..

Share:

Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri pelakon Lisdawati dan juga Fauzi Nawawi yang telah selamat menyambut anak keempat.

Pagi tadi, pelakon Lisdawati memuat naik sekeping gambar tentang kelahiran cahaya matanya yang ke kempat.


Lisdawati telah menulis komen dan menyatakan rasa syukur dan berterima kasih atas doa yang diberikan kepadanya.

LISDAWATI UMUM KELAHIRAN ANAK

Daripada gambar yang dimuat naik, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu tidak mendedahkan wajah anak lelakinya itu, tetapi ada berkongsi mengenai butir kelahiran.

Bayi baru  pasangan itu selamat dilahirkan pada Selasa, 24 Julai tepat jam 10.23 malam. Bayi seberat 3.54kg itu dilahirkan di Hospital Pakar Al-Islam, Kuala lumpur.

Sehari sebelum kelahiran, Lisdawati turut berkongsi entri, memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.

"Assalamualaikum semua.. dikesempatan ini sy nak minta maaf pada semua yg mengenali diri kerdil ini. Jika ada kesilapan atas kekhilafan sy sebagai hamba Allah swt . Mohon seribu kemaafan .. Doakan sy di permudahkan segala urusan"






AKHIRNYA DEDAH FOTO WAJAH ANAKNYA

Sebentar tadi, akhirnya suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi berkongsi wajah anaknya yang amat comel itu.

Ini wajah anaknya:



Ini tulisnya:

"Tiada suatu harta pun yang akan kekal di dunia ini, tiada lain yang lebih berharga melainkan Anugerah mu yang menjadi permata hati kami dunia dan akhirat ... ALHAMDULILLAH.. jadikanlah kami hamba mu yg taat

Untuk pengetahuan, Lisdawati dan Fauzi telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: IG Lisdawati / Fauzi Nawawi

Tiada ulasan