(5 Foto) Ako Mustapha Ke Ni? Lain Gila.. Memang Ramai Terkejut Melihatnya

Share:


Masih ingat dengan Ako Mustapha? Pelakon bernama Ako Mustapha pernah popular satu masa dulu dan sering keluar sebagai hero drama satu masa dulu.



Kini memang dah lama Ako Mustapha keluar di kaca televisyen, ramai yang dah tak melihatnya.

Baru-baru ini, pelakon berkenaan telah datang menghadiri rumah terbuka saluran Astro Warna pada Isnin lalu.

Yang mengejutkan, ramai yang hampir tak mengenalinya ekoran perubahan fizikalnya yang begitu ketara terhadap Ako Mustapha.

Berbicara tentang perubahan ketara itu, Ako berkata, ia adalah hasil ketegasan daripada isterinya, Kartina Abdullah sejak dua tahun lalu yang mahu dia bersenam dan mengamalkan diet demi kesihatannya.

Jelas Ako atau nama penuhnya Muhaizad Ahmad Mustapha, sebelum ini berat badannya mencecah 90 kilogram namun berjaya menurunkan angka itu kepada 70 kilogram sahaja.

Ini komennya: (via portal hiburan mStar)

"Ada orang ingat perubahan saya ini mendadak sebaliknya ia usaha yang memakan masa dua tahun untuk mengurangkan 20 kilogram!

"Ini semua hasil ketegasan isteri saya yang mahu saya menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan sihat.

"Kebiasaannya dia akan pantau apa yang saya makan dan paksa saya bersenam... Apa dilakukan semuanya untuk kesihatan saya,"

Ini gambar terkininya:





Apabila ditanya tentang perkembangan dalam industri hiburan, Ako Mustapha akui dia kini sudah jarang berlakon kerana lebih selesa bekerja di belakang tabir.

Katanya lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia lebih banyak bertindak sebagai produser menerbitkan program televisyen dan ia memberi kepuasan kepadanya.

"Tawaran berlakon masih ada cuma adakalanya saya tolak sebab kebanyakan watak diberikan sama sahaja... Jika ada yang benar-benar menarik perhatian saya terima.

"Sekarang saya banyak terlibat di belakang tabir, meneribtkan program televisyen selain ada bisnes lain," 

Apapun semoga maju jaya buat Ako Mustapha.

Tiada ulasan