(7 FOTO) Intan Liana Mengamuk!! "Suka hati aku.. Apa masalah, bukan tibai laki orang!"

Share:

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, tanpa diusik tak kan seseorang itu naik angin. Itulah yang berlau kepada Intan Liana.



Hari ini, bekas isteri kepada Ude Wahid ini iaituluah rasa berang apabila ada individu yang kurang senang apabila dia memuat naik foto kenangan bekas suaminya itu bersama anak-anak mereka di laman sosial Instagram miliknya.

Katanya dia hanya memuat naik foto Ude Wahid bersama anak-anaknya dengan caption bahawa lelaki itu adalah bapa kepada anak-anak berkenaan.

Intan berkata, tindakan itu bukan suatu perkara yang salah kerana ia hanya sekadar gambar kenangan (throwback) ketika dia masih menjadi isteri kepada Ude Wahid.

Namun nampaknya ada yang tak puas hati dengan Intan Liana kerana muat naik gambar berkenaan.

Dengan nada lantang Intan Liana menulis luahan hatinya:

"Suka hati nak letak gambar throwback ke apa... apa masalah sis? Aku nak letak gambar kenangan aku bersalin suami dulu teman pun boleh la. Gambar kahwin aku pun boleh... Apa masalahnya?" 

Intan muat naik luahan emosinya di Instagram malam Isnin.

"Throwback je pun bukan tibai laki orang, sah-sah bapa anak-anak aku juga. Sorry terkasar bahasa sikit," 

Rata-rata netizen menyokong tindakan Intan yang menganggap wanita itu akhirnya berani bersuara.

Dalam pada itu, Intan berkata, dia berdiam selama ini adalah atas pilihannya dan bukan kerana termakan budi mana-mana pihak.

"Konon selama ini aku tak berani bersuara kerana banyak makan budi kau, tolong sikit, nak ke aku bersuara?" 

Tambahnya lagi, dia juga bersedia untuk bertemu individu yang dimaksudkan itu jika ada perkara yang masih tidak selesai.

Intan Liana tak mahu lagi mendengar tentang perkara buruk yang hanya mengundang fitnah semata-mata.

Jom baca luahan penuh Intan Liana:









Awal tahun ini, nama Intan Liana menjadi viral apabila perkahwinan kedua Ude Wahid dengan pelakon jelita Izreen Azminda terbongkar.

Kemudian, Ude Wahid telah menceraikannya dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.


Tiada ulasan