Adik Neelofa, Ameera Khan Kena Hentam Lagi Pasal Phone

Share:

Sebelum ini pernah viral kisah yang mana adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan yang dikatakan seperti memperlekehkan jenama telefon lain selain iPhone.

Ungakapan "Euww what u are talking about.. tentulah iPhone" pernah menjadi popular gara-gara jawapan Ameera Khan dalam satu video temubual.


Ramai berang dengan ayat yang digunakan oleh Ameera Khan ketika itu yang memperlekehkan jenama hand phone lain.

Itu dululah.. yang terbaru, hari ini, Ameera Khan memuatnaik satu video yang menajdi viral sekelip mata.

Adik Neelofa ini telah upload video mempromosikan satu jenama telefon bimbit yang bukan iPhone.

Jenama berkenaan ialah Huawei Nova. Satu video promosi telah dimuatnaik di laman IG miliknya dan terus mencecah sehingga 268 ribu views kurang dari 12 jam.

Ini videonya:



Memang padu betul pengaruh dari Ameera Khan ini.

Kemudiannya, laman Facebook Rotikaya pula telah memuatnaik video berkenaan di laman FB dan ianya terus menjadi buah mulut.

Pelbagai komen menari yang ditulis di ruangan komen Rotikaya. Haha

Biasa lah ada yang komen murni-murni sahaja dan ada juga yang memberi komen negatif, maklumlah dulukan Ameera Khan berkata "Euww" kat jenama phone lain.

Apapun, ianya adalah satu strategi perniagaan sahaja. Semoga maju jaya buat Ameera Khan dan Huawei.

Tiada ulasan