"Aidil Aziz aku cabar kau! Kau manusia lupa diri" - Roslan Shah

Share:

Selebriti Roslan Shah sekali lagi telah mencuri perhatian ramai dan menimbulkan kontroversi apabila secara terbuka mencabar pelakon Aidil Aziz.

Menerusi laman IG, Roslan Shah dilihat telah membuat caption panas ingin bertemu dengan pelakon berkenaan.


AKU CABAR KAU

Tanpa sebarang penjelasan jelas, Roslan dalam statusnya di Instagram menyifatkan pelakon itu sebagai manusia lupa diri dan menuntut janji-janji yang dibuat Aidil terhadapnya.

Ini tulis Roslan Shah:

"Bro jom berjumpa... Aku cabar kau! Aidil Aziz aku cabar kau! Kau manusia lupa diri... Mana janji-janji kau bro" 


Komen dari Roslan Shah itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan follower dan netizen tentang perkara sebenar yang melanda kedua-dua selebriti itu.

PERKARA SEBENAR DIDEDAHKAN

Tidak lama selepas itu, menerusi satu posting, Roslan Shah akhirnya dedah apa yang berlaku sebenarnya.

Rupanya pengacara itu sebenarnya telah membuat 'prank' terhadap Aidil Aziz bersempena hari jadinya yang ke-31 pada malam Rabu lalu.

"Kena prank bro @itsaidilazizi tadi melalui whatsapp. Prank birthday, semoga panjang umur dan murah rezeki," 

SEMOGA AIDIL DAN FASHA KE JINJANG PELAMIN

Selain itu, Roslan Shah turut mendedahkan Aidil Aziz sebagai seorang lelaki yang merendah diri, berdikari, menghormati orang lain selain sering menjaga solatnya.

Roslan turut sempat mendoakan agar Aidil Aziz dan Fasha Sandha bertemu jodoh dan menggambarkan mereka berdua sebagai pasangan secocok.

Ini tulisnya lagi:

"Inilah artis, pelakon yang sangat merendah diri, berdikari, menghormati serta senang berkerja sama dengannya.
"Cik Lan doakan Aidil dan @fashasandha sampai ke jinjang pelamin, Amin. Kalau Jodoh mereka berdua memang tepat dan sepadan kerana Aidil solat tak pernah tinggal semasa di Singapura itu yang Cik Lan kagum caranya," 

Sebelum ini, pelakon Fasha Sandha telah membuat kejutan kepada Aidil Aziz sempena sambutan hari kelahiran nya yang ke-31.

Ini videonya:

Tiada ulasan