Akhirnya Rita Rudaini Dilamar Jejaka Muda

Share:

Pelakon cantik jelita Rita Rudaini telah membuat satu pendedahan baru-baru ini.

Beliau telah dihujani mesej peribadi (DM) di laman media sosial Instagram ekoran kenyataannya tentang perkahwinan dengan lelaki berusia lebih muda di sebuah akhbar baru-baru ini.

Pelakon berumur 42 tahun itu menyatakan, mesej yang diterimanya adalah dari golongan lelaki muda yang mengajaknya keluar untuk berkenalan.

Malah ada berani melamarnya untuk dijadikan sebagai isteri.

Ini pendedahan dari Rita Rudaini:

"Saya sebenarnya terkejut juga apabila pandangan saya mengenai perkahwinan dengan lelaki jauh lebih muda menyebabkan ramai menghantar DM di Instagram.

"Ramai lelaki muda yang menghantar mesej ajak keluar... Malah ada yang memberitahu nak menjadikan saya sebagai isteri," 

Rita Rudaini kemudian berkata, dia tak melayan mesej yang dihantar kepadanya kerana tidak berminat untuk menjalinkan hubungan ketika ini.

Ibu kepada dua cahaya mata ini sedang selesa dengan kehidupannya sekarang dan seperti sebelum ini dia masih belum terbuka hati untuk mencari pengganti.

Ini komennya lagi:

"Ada rakan-rakan nak kenalkan saya dengan lelaki pun saya tidak mahu... Hendak mencari pun saya sibuk dengan aktiviti harian.

"Nak kata sunyi tidak juga kerana saya selesa dengan kehidupan sekarang yang bebas masalah rumah tangga," 

Rita Rudaini berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama web Projek Dapat Baby.

Siri drama wen itu mempunyai 8 episod dan bakal menampilkan barisan pelakon seperti Rita Rudaini, Tony Eusoff, Azhar Sulaiman, Louisa Chong, Aida Khaleeda dan Fikri Ibrahim.

Drama ini bakal menemui penonton di Youtube pada 30 Julai ini.

Sumber: mStar

Tiada ulasan