Aliff Aziz Semakin Berubah, Ini Punca Segalanya..

Share:

Nama pelakon dan penyanyi ini telah diuji dengan banyak kontroversi yang amat panas.

Dari sebelum berkahwin sehinggalah sudah bergelar suami, banyak isu yang melanda Aliff Aziz sehingga banyak anggapan negatif diberikan terhadapnya.

Jejaka berumur 27 tahun ini kini teah bergelar bapa, dan kehadiran anaknya telah ubah segalanya.

Aliff Aziz akui, pengalaman terlibat dengan kontroversi banyak membentuknya menjadi insan lebih matang namun dengan kehadiran anak sulung, Ayden Adrean, setahun lalu, ianya juga mengubah Aliff menjadi manusia lebih bertanggungjawab untuk menggalas peranan sebagai ketua keluarga dan juga sebagai seorang bapa.

Dirinya kini semakin menitikberatkan soal keluarga, malah semakin teliti dalam soal masa kerana tidak mahu terlepas momen melihat anak kesayangan membesar di depan mata.

Ini komen Aliff Aziz:

"Ayden sudah semakin banyak kerenah dan sebagai ayah, saya perlu pandai membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Jadual kerja saya agak padat, jadi saya perlu mencuri masa untuk bersama Ayden.


"Saya bekerja keras demi masa depan anak. Setiap tawaran yang datang saya terima dengan penuh syukur. Alhamdulillah, rezeki untuk Ayden sentiasa ada," 


"Seperti ibu bapa lain, saya dan isteri juga mempunyai perancangan tersendiri untuk masa depan Ayden. Sudah tentu, kami mahu dia mengecapi kehidupan yang terbaik dan itu yang sedang saya usahakan," 

Tentang kerjayanya, Aliff Aziz berkata, dia akur apabila namanya kini lebih menyerlah menyerlah sebagai pelakon. Namun, itu tidak bermakna dia sudah melupakan dunia seni suara.

Ini jelasnya:

"Lakonan memang memenatkan, tetapi saya puas apabila penonton memberikan pelbagai komen positif. Sama juga seperti nyanyian, tetapi saya tidak boleh mengejar kedua-duanya serentak. Saya lebih selesa selesaikan satu persatu kerja.


"Ketika ini, saya lebih fokus kepada bidang lakonan, pada masa sama, turut mencari material yang sesuai sebelum kembali ke studio rakaman. Insya-Allah, akan ada lagu baharu daripada saya. Cuma, saya tidak mahu umumkan terlalu awal.


"Ketika ini, ada beberapa tawaran berlakon yang sedang menanti. Saya juga perlukan masa untuk berehat seketika dan memberi tumpuan kepada keluarga. Mungkin selepas itu, baru saya boleh aktif menyanyi semula," 

Setelah tampil dalam beberapa drama, kini Aliff Aziz  akan muncul dengan drama baharu, 13 episod bulan depan.

Semoga kerjaya Aliff Aziz terus berjaya dalam kerjaya seni dan sentiasa utamakan keluarga.

Tiada ulasan