Anak tak bertudung, ikut trend.. "Tak payah melenting.." - Azhar Sulaiman

Share:

Satu masa dulu, nama Azhar Sulaiman meamng amat popular dan antara hero pujaan ramai.

Di waktu muda, memang Azhar Sulaiman amat kacak dan jambu wajahnya. Bukan itu sahaja, bakatnya juga amat hebat dan itulah yang beanr-benar menjadikannya seorang pelakon disegani.



Ketika di umur 47 tahun, Azhar Sulaiman telah pun mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinannya dengan isteri bernama Chempaka Emalin Pahamin.

Anak pun semua dah besar panjang dan meningkat dewasa.

Tiga cahaya mata Azhar Sulaiman ialah Kasih Leia Ixora, 20 tahun dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 16 tahun.

ANAK AZHAR SULAIMAN JADI PERHATIAN


Azhar Sulaiman memberitahu dia sedar kehidupan tiga anak remajanya sering menjadi perhatian netizen apatah lagi dengan gelaran sebagai anak kepada seorang selebriti.

Namun, Azhar Sulaiman seorang yang terbuka terhadap sebarang kritikan sama ada positif atau negatif terhadap anak-anak tersayang.

Pelakon ini menyifatkan teguran itu sebagai peringatan dalam memperbaiki diri ke arah lebih baik.

AZHAR SULAIMAN TERIMA TEGURAN


"Dua anak perempuan saya memang aktif di media sosial selain sentiasa mengikuti perkembangan trend semasa.
"Saya sedar anak-anak menjadi perhatian mungkin kerana mereka tidak bertudung atau cara berpakaian dan sebagai bapa saya ambil setiap tanggungjawab itu.
"Sekiranya ada orang yang mengkritik mereka atau menegur saya... Saya akan terima dan tak payah melenting kerana bagi saya yang menegur ini saya anggap seperti keluarga," 

AZHAR SULAIMAN NASIHAT ANAK


Dalam pada itu, Azhar berkata, sebagai bapa dia sentiasa menasihati anak-anaknya agar lebih bertanggungjawab menggunakan media sosial yang mana medium itu boleh mendatangkan kemudaratan.


"Anak-anak perempuan saya memang aktif di media sosial dan sering mengikut trend semasa.
"Saya sedar setiap gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan dan atas dasar itu saya sering beritahu mereka agar gunakan media sosial dengan baik.
"Kalau buat sesuatu atau berkata sesuatu yang menampakkan kebodohan diri sendiri, jadi mereka kena terima,"

Dalam perkembangan lain, Azhar tampil dengan projek terbaharunya iaitu sebuah drama web berjudul Projek Dapat Baby yang menggandingkannya dengan Rita Rudaini dan Tony Eusoff.

Drama berkenaan mempunyai sebanyak 8 episod itu boleh ditonton menerusi saluran Youtube dan Facebook Najwa Medispa bermula 30 Julai pada setiap Isnin dan Selasa, 1 petang.

Semoga maju jaya buat Azhar Sulaiman !

Tiada ulasan