Ardell Aryana semakin kurang bercakap.. mula mohon maaf

Share:

Pelakon dan pengacara sedang meningkat naik Ardell Aryana kini khabarnya sedang bertarung dan menderita penyakit cancer.

Perkara ini mula menjadi tanda tanya setelah rakan baiknya mendedahkan hal ini.


Dalam perkembangan terkini, Ardell Aryana telah tampil meminta maaf terhadap tindakannya berdiam diri sejak kebelakangan ini yang menyebabkan orang sekeliling terasa hati.

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin berkata, dia sedar keluarganya juga turut terluka apabila dia jarang bercakap dengan mereka.

"Saya tidak bercakap banyak akhir-akhir ini. Saya jadi penat memaksa diri untuk bercakap, jumpa orang dan berkomunikasi. Saya minta maaf jika ia melukakan hati orang sekeliling yang menghantar mesej peribadi, emel dan cuba hubungi saya tetapi tidak berjawab.

"Bukan sahaja orang luar, malah keluarga saya juga terluka dan terasa hati kerana saya tidak bercakap dengan mereka . Ya, kadang-kala saya ada mood untuk bercakap, gelak dan lain-lain tapi bukan setiap masa," 

Sebelum ini, pelakon berumur 28 tahun ini telah menjadi bahan spekulasi apabila dikatakan sedang menghidap kanser tahap tiga.

Status yang dimuat naik di laman sosial Ardell yang seakan menggambarkan keadaannya kini menguatkan lagi andaian itu.

Bagaimanapun, sehingga kini Ardell masih tidak mahu berbicara tentang hal berkenaan dan  dia masih mendiamkan diri. Kita hendaklah respect dengan keputusan pelakon ini.

Sementara itu, Ardell berkata, buat masa sekarang dia memerlukan masa untuk dirinya sendiri.

"Saya memerlukan masa untuk diri sendiri. Terlalu banyak tekanan terhadap saya sebagai manusia biasa. Buat masa sekarang saya hanya buat kerja dan buat apa yang saya mahu," 

Ardell menyatakan dia memuat naik luahan hati di laman sosial pada setiap hari bukan untuk meraih simpati.

Namun dia berterima kasih dengan doa dan rasa prihatin semua terutama keluarga yang memahami keadaannya.

"Setiap hari saya kongsi apa yang saya rasa bukan untuk meraih simpati. Saya menghargai semua usaha dan doa kalian serta keluarga yang memahami. Saya minta maaf sekali lagi," 

Pada 9 Julai lalu, pelakon ini mandapat perhatian netizen apabila memuat naik video berkerusi roda yang menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan kesihatannya itu.

Ini tulisan penuhnya di laman IG:

I don't talk much lately. As time goes by, i get tired of forcing myself to talk, to meet people and to communicate. Im sorry, if it's hurt others feelings who text me.. dm me , email me, call me but im not answering. im only a normal human being .. who need times for myself. Too much pressure for me as im a just a normal person. I have heart. As for now i just do my work, and i just do what i wanted to do . Not only people out there , but my family too is getting hurt because of me .. and they also sometimes "terasa" because im not talking to them . And yes ! sometimes ada masa, ada mood sy bercakap , gelak, and bla bla bla , but not everytime.. everyday . i just shared what i feels and im not asking for sympathy , deep inside my heart ❤️. I do appreciate all effort , all doa, all cares from you guys & my family TQ for understanding, sekali lagi. "SAYA MINTAK MAAF"

Apapun semoga Ardell Aryana terus kuat dengan dugaan yang melanda dirinya.

Tiada ulasan