"Boleh dapat RM80,000 dengan mudah tetapi.." Baca Pendedahan Maya Karin

Share:

Bagi pelakon cantik Maya Karin, wang bukan lah segala-galanya.

Sekiranya duit menjadi pilihan, Maya Karin sebenarnya boleh menerima puluhan tawaran berlakon filem sepanjang tempoh beberapa tahun dirinya tidak muncul di layar perak.


Bagi Maya Karin, dia memilih untuk menanti 'naskhah berjiwa'.

Sudah hampir tiga tahun Maya Karin tak muncul di panggung wayang. Filem terakhir lakonannya, adalah menerusi filem Nota dan filem Jwanita, menemui penonton pada tahun 2015.

Ini penjelasan Maya Karin:

TAK NAK ULANG KESILAPAN

"Saya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu selepas kemunculan filem pertama, Seri Dewi Malam dan No Problem, pada 2001. Ia menjadi pengajaran terbesar buat permulaan kerjaya lakonan saya.

"Saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak sesekali menerima projek filem kerana duit. Saya belajar daripada pengalaman silam untuk berada pada tahap hari ini. Tiada guna mengejar duit tetapi reputasi dan kredibiliti tidak mampu dipertahankan.

BANYAK TAWARAN DITOLAK

"Diakui, bukan tiada tawaran filem sepanjang empat tahun tidak berlakon. Memang banyak undangan diterima, tetapi ia tidak sesuai dengan jiwa.

"Bukanlah juga saya bersikap terlalu memilih, tetapi itu kehendak diri. Saya berlakon bukan kerana duit, sebaliknya saya mahukan kepuasan."

JANGAN KRITIK KARYA ORANG LAIN

"Jika tidak suka, kita tolak saja dengan baik, bukannya kritik karya orang lain. Mungkin watak itu tidak sesuai dengan kita, tetapi serasi dengan pelakon lain.

"Jangan sesekali kita menjatuhkan hukum pada karya orang lain. Saya berpendirian, saya harus menolak dengan baik jika berasakan watak yang ditawarkan tidak sesuai dengan diri ini.

BOLEH DAPAT RM80 RIBU DENGAN MUDAH

"Saya mungkin boleh mendapat RM80,000 dengan mudah untuk sesebuah watak, tetapi saya tidak memandang duit sebagai keutamaan.

"Jika ditawarkan RM20 juta sekalipun untuk membintangi dua atau tiga filem yang tidak berkualiti, saya tidak akan menerimanya. Bagi saya, nama dan reputasi terlalu mahal harganya,"

Maya Karin bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Munafik 2 arahan Syamsul Yusof.

Filem ke-10 arahan Syamsul yang diterbitkan Skop Productions Sdn Bhd itu akan menemui penonton di pawagam pada 30 Ogos depan.

Selain Maya, filem Munafik 2 turut dibintangi Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Rahim Razali, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Ku Faridah dan Syamsul sendiri.

Syamsul memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk mencorakkan watak Sakinah.

Tentang watak Sakinah, Maya Karin berkata, terlalu banyak babak berat dan beremosi yang perlu dilakonkan olehnya dalam filem Munafik 2.

Tiada ulasan