Dah Buat Persiapan Perkahwinan, Nelydia Senrose Bakal Nikahi Hafiz

Share:

Pelakon cantik jelita  Nelydia Senrose kini sedang bahagia dengan kekasihnya, Hafiz iaitu seorang ahli perniagaan.

Nelydia Senrose yang merupakan adik kepada pelakon Uqasha Senrose mengakui dia kini menjalin hubungan  serius walaupun baru beberapa bulan mengenali jejaka berkenaan.

Walaupun keputusan untuk ke fasa yang lebih serius boleh dikatakan terlalu cepat, pelakon cantik berusia 23 tahun ini bagaimanapun mengakui hatinya tersedik dan sedia untuk bergelar isteri.

"Boleh dikatakan ciri-ciri lelaki pilihan itu ada padanya. Dia seorang yang memahami, stabil dan saya selesa berkawan dengannya. Dia juga seorang yang matang,"

Nelydia juga berkaya persiapan kahwinnya sudah pun berjalan sedikit demi sedikit dan berharap agar semuanya dipermudahkan.

Aktress ini turut meminta ramai pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tarikh perkahwinannya.

"Tiada isu saya ke luar negara untuk buat persiapan kahwin dan sebagainya. Cuma apa yang boleh saya cakap, ia berjalan dengan lancar setakat ini. Cuma tarikh nikah tu, biarlah saya umumkan kemudian hari, memandangkan saya sendiri masih ada komitmen penggambaran drama yang masih berbaki.

"Yang penting, saya tidak akan sorok perkara yang baik-baik. Saya akan beritahu semua"

Beberapa bulan lalu, Nelydia Senrose ada memuat naik cicin di Instagram yang mencetuskan pertanyaan di kalangan peminatnya.

Tidak berselindung, Nelydia Senrose akui cincin tersebut merupakan pemberian istimewa daripada kekasih hatinya, sekali gus mengakui sudah pun bersedia untuk bergelar isteri pada usia muda.

Fuh memang ramai yang tak sabar nak lihat Nelydia Senrose naik pelamin, mesti perkahwinan mereka meletup-letup!

Tiada ulasan