Dakwaan Keluar Dengan Suami Sharifah Sakinah, Akhirnya Wanita Ini Tampil Beri Kenyataan

Share:

Seorang wanita telah tampil memberi penjelasan apabila terpalit dengan satu isu hangat minggu ini.

Wanita itu mendedahkan bahawa teman lelakinya bukanlah suami kepada pelakon popular Sharifah Sakinah seperti yang dituduh netizen.


Dikatakan, salah faham telah timbul mungkin kerana dia tidak pernah memuat naik foto sebenar wajah kekasihnya yang dikatakan hampir sama seperti suami pelakon berkenaan.

Ini penjelasan dari wanita itu:

"Bila benda ini sudah viral makin teruk dan kawan-kawan serta keluarga pun dah nasihatkan, jadi saya terpaksa muat naik gambar my boyfriend.

"Dan ya, teman lelaki saya bukan suami dia (Sharifah Sakinah) atau suami siapa-siapa, bukan tunang atau kekasih siapa-siapa. Saya tidak tahu macam mana orang boleh kata sama,"

Wanita yang juga seorang pramugari berkata, dia tidak pernah mendedahkan wajah sebenar kekasih hatinya kerana ingin menjaga kehidupan peribadinya.

Bagaimanapun, dia kecewa apabila ada netizen yang cuba membuat fitnah dan menghantar gambar-gambar peribadinya kepada Sharifah Sakinah kononnya suaminya curang dengan wanita berkenaan.

"Saya tak suka dedahkan siapa kekasih saya sebab tidak mahu orang tahu dia kerja apa, anak siapa semua tu.

"Tolong faham, itu privasi saya dan tidak ada sebab lain pun saya nak sorok," 

"Pada yang dah fitnah saya tu, saya harap anda sedar kesan perbuatan tu. Sekarang anda boleh cakap tak tuduh dan hanya tanya. Tanya ke macam tu kalau sampai hantar gambar kami dekat dia?," 

Ini penulisan penuh dari wanita itu:

Hi. Since benda nie viral makin teruk sampai keluar dkt Astro, Harian Metro, Rotikaya and soooooooo all. After all my friends and family pun dah nasihatkan I. So, I terpaksa post gambar my boyfriend. .
And yes, my bf BUKAN husband dia or husband siapa2. Bukan tunang, boyfriend siapa2 jugak. I tak tahu macam mana orang boleh kata sama, sampai benda nie buat I rasa down sangat just untuk benda yang I memang tak buat. If tu mmg husband dia I faham la, but it’s not. I tak suke reveals who my bf is sbb I taknak and tak suke org tau bf I siapa, kerja apa, anak siapa semua tu. Sbb I tau if I tunjuk siapa bf I sebenar, lagi buat orang nak tahu lagi pasal bf I or family dia and akan bercerita lagi. That’s why I tak tunjuk. Tolong faham. That’s my privacy. Tak ada sebab lain pun I sorok bf I. .
Pada yg dah fitnah I tu, I harap you sedar effect dari perbuatan you tu. Skrg you boleh cakap you tak tuduh, just tanya? Tanya ke mcm tu kalau sampai you dah sent gambar I dgn my bf dkt dia? And you suruh dia bertabah? Mcm tu bukan “bertanya”. Main ckp mcm benda tu betul tapi you sendiri takde bukti. Skrg you tau tak apa dosa fitnah? Disebabkan mulut mcm you nie, blh buat rumahtangga orh pecah belah.
So utk semua netizen2, please next time before you nak sampaikan apa2 or send gambar org sesuka hati, tolong la make sure ada bukti yang kukuh baru boleh cakap or comment macam2. Jgn terus tuduh :)


Ini wajah kekasihnya:


Isu ini bermula apabila Sharifah Sakinah  memuat naik paparan skrin mesej peribadi yang diterima daripada sebuah akaun yang menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita lain.

Pelakon berkenaan turut memberi amaran kepada orang luar agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya.

Dia juga memuat naik wajah wanita bersama seorang lelaki yang dihantar oleh netizen kepadanya.

Untuk pengetahuan, Sharifah Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, yang merupakan seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia setahun.

Tiada ulasan