Dikatakan Dah Bercerai, Ini Respon Balas Amelia Henderson

Share:

Nama Amelia Henderson kini sedang meningkat naik dalam industri hiburan tanah air. Amelia Henderson sedang digiali peminat sejak muncul dalam beberapa drama bersiri termasuk yang sedang hangat ditayangkan iaitu drama Jang Benci Cintaku.



Sebenarnya pelakon ini bukanlah baru lagi, dia popular sejak zaman kanak-kanak dulu, yang mana wajah comelnya sering terpapar di televisyen setiap kali waktu iklan.

Memang banyak iklan yang memaparkan wajah Amelia Henderson ni.

Pada tahun ini, akhirnya Amelia Henderson berjaya menempa nama dalam dunia lakonan.

KEHIDUPAN PERIBADI AMELIA HENDERSON


Semua sedia maklum bahawa Amelia telahpun berkahwin di awal usia 20an, suaminya bernama Tunku Harun.

Amelia Henderson bernikah dengan Tunku Harun pada 14 Ogos 2015 bertempat di Carcosa Seri Negara.

Tunku Harunnarasheed Putra merupakan putera kepada Tunku Bendahara Kedah, Almarhum Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna.

Ayahanda kepada Tunku Harun yang mangkat, merupakan adik kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

APA STATUS? JADI TANDA TANYA

Pelakon  kacukan India dan Scottish ini kini lebih gemar untuk berkongsi mengenai perjalanan kariernya dan jarang berbicara tentangapa yang berlaku dengan rumah tangga nya.

Setelah semakin popular, sesetengah netizen mula bertanya tentang status perkahwinan Amelia Henderson. Apa kes ni?

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah memuat naik status di Twitter mendakwa suami Amelia Henderson sedang bercinta dengan gadis lain.

Jom baca komen bawang dari netizen:






RESPON BALAS AMELIA HENDERSON


Tidak lama kemudian, Amelia Henderson sendiri tampil memberi respon setelah isu ini hangat diperkatakan di laman media sosial.

Ini tulisnya:

I never talk about this because it doesn't involve the public. tak ada skandal pun, we just went our separate ways. Its funny to see people membawang. Harun and I are good friends, he is a wonderful person! He is happy and so am I. Doakan yang terbaik.


Apapun, semoga maju jaya buat Amelia Henderson dalam bidang seni. Wajah jelita bakat pun hebat, memang boleh pergi jauh sebagai pelakon utama drama dan filem. Good luck!

Tiada ulasan