Dilema Janda: Jangan terlalu lancang, komen ikut sedap mulut.. - Che Ta

Share:


Rozita Che Wan beranggapan wanita berusia yang menikahi dengan lelaki muda tak perlulah dijadikan isu.


Katanya juga perkara ini tidak patut dikecam oleh netizen dengan sewenang-wenangnya.

Pelakon berumur 45 tahun ini berkata, netizen tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia seolah-olah menidakkan ketentuan dan jodoh dari Tuhan.

Rozita yang mesra disapa Che Ta telah berkahwin dengan pelakon kaca Zain Saidin dengan perbezaan usia 11 tahun.

Che Ta telah menasihati pengguna laman sosial supaya istighfar tatkala menulis sesuatu komen yang memberi impak negatif.

Ini jelas Che Ta:

"Muda atau tua pada saya ia bukan persoalannya. Macam saya terpaksa memilih lelaki muda sebab kebanyakan yang sama usia dengan saya suami orang.

"Bagi saya, suami orang terlalu rumit dan susah nak diurus. Sedangkan lelaki muda pula fleksibel.

"Jadi, dalam perkara ini netizen tidak sepatutnya mengecam. Jodoh itu rahsia Allah SWT. Malah, saya berasakan kalau ambil suami orang bukan saja dikecam, tetapi silap hari bulan kena parang dengan isteri dia," 

"Netizen jangan terlalu lancang memberi komen. Ini soal jodoh yang mana sudah tersurat. Anda kena memperbanyakkan beristighfar.

"Jangan nak komen ikut sedap mulut mengatakan janda lanjut usia atau apa saja," 

Che Ta menambah, status janda sememangnya telah membuatkan seseorang itu dalam dilema.

Katanya, wanita yang bergelar ibu tunggal atau janda sering mempunyai rasa dilema setiap kali menjalin hubungan dengan seseorang.

"Sebenarnya, situasi ini tak susah. Cuma kita yang menyusahkan. Apabila lelaki dan perempuan suka sama suka, kenapa netizen pula nak kecam. Kalau lelaki berkenaan sudah suka, biarlah. Patut bersyukur sebab si wanita tak ambil suami anda.

"Anda nak janda kahwin dengan siapa? Duda anak sekampung? Nanti timbul pula pergaduhan. Jadi, gelaran janda sebenarnya dalam dilema. Ambil suami orang kena parang, dapat suami muda pula dikecam," 

Dalam isu berkaitan, pelakon Ariff Aziz,yang bakal bernikah dengan penerbit ternama, Datuk A Aida  meluahkan rasa terkilan dan menyelar sikap segelintir netizen yang dianggap biadap apabila melemparkan kata-kata kesat terhadap mereka di laman sosial.

Ariff berumur 29 tahun manakala A. Aida berumur 48 tahun.

Hubungan mereka dikritik dan ada netizen memberi pandangan mereka tidak sesuai untuk bersama.

Tiada ulasan