Dugaan Rebecca Nur Al-Islam, Baby Ada Masalah Paru-Paru.. Mari Doakan

Share:

"Ada air dalam paru-paru" itulah yang dikongsikan oleh pelakon Rebecca Nur Al-Islam tentang keadaan anak bongsunya.

Anak bongsu Rebecca Al-Islam kini berumur hampir 10 hari setelah dilahirkan pada 18 Julai yang lalu. Nama yang diberikan ialah Ahmet Reaggan.


Oleh kerana ada sedikit masalah kesihatan, baby kepada pasangan Datin Rebecca Nur Al-Islam dan Datuk Nor Azam Sulaiman masih belum bersedia untuk menerima lawatan daripada tetamu.

Dikatakan baby tersebut mempunyai masalah air dalam paru-paru yang dikesan oleh pegawai perubatan sejurus selepas bersalin pada awal minggu ini.

Apapun dari update oleh Rebecca Nur Al Islam, bayi comel ini dah dibenarkan pulang ke rumah setelah lebih seminggu di hospital namun masih perlu berehat.

Ini kenyataannya di IG:

"Welcome home my new son shines Ahmet Reaggan, Alhamdulillah syukur atas rezeki Mu yang indah ini.

"For now, no visitor for baby, because Ahmet Reaggan want to be more healthier and he don't want to see his Mummy crying and worried anymore.

"Baru balik, bagi Ahmet Reaggan relaks-relaks dulu okey, seperti yang dinasihatkan doktor,"

"X-ray hari pertama selepas dilahirkan, doktor cakap dalam paru-paru ada air sikit," 

Menerusi kemas kini akaun peribadi Ahmet Reaggan, bayi lelaki itu dipercayai berdepan dengan complication yang mana ada air dalam paru-paru berdasarkan pemeriksaan x-ray pada hari pertama selepas dilahirkan.


Baby bernama Nor Ahmet Al-Reaggan merupakan cahaya mata keempat pasangan Rebecca dan Datuk Nor Azam.

Rebecca Nur Al-Islam dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.

Sepanjang perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2, dan seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 10.

Apapun, semoga baby tersebut kembali sihat dengan sepenuhnya. Get well soon baby comel.

Tiada ulasan