Erra Fazira Kini Sentiasa Pantau Handphone Buah Hati

Share:

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira berkata melalui satu temubual bahawa dia sentiasa memantau penggunaan telefon bimbit buah hati kesayangannya iaitu anaknya iaitu Engku Aleesya.

Kata Erra Fazira, sebagai seorang ibu, dia telah meletakkan beberapa syarat kepada Engku Aleesya dalam menggunakan teknologi terutama handphone.


Ini memang penting supaya anaknya itu tak terlalu terdedah dengan dunia tanpa batas.

Ini penjelasan lanjut Erra Fazira:

"Saya sentiasa pantau apa yang dia buat dengan telefon bimbit.

"Selalunya saya bagi peruntukan masa satu jam untuk dia bermain dengan permainan video dan pastikan tiada rahsia antara kita.

"Syarat lain, dilarang ada kata laluan dan saya berhak untuk periksa telefon dia bila-bila masa sahaja,"

Walaupun begitu, pelakon filem Sembilu ini mengakui bahawa telefon bimbit merupakan satu gajet yang amat penting dalam menghubungkan manusia pada zaman ini.

"Sebenarnya, telefon bimbit ini penting kerana memudahkan kita berhubung dengan anak-anak dan keluarga.

"Tapi kita sebagai ibu bapa, kita kena pantau apa yang dilakukan oleh anak-anak,"

Lihat video temubual Erra Fazira:


Engku Aleesya merupakan anak sulung Erra Fazira dengan bekas suami Engku Emran.

Engku Emran kini telah pun berkahwin dengan pelakon Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella.

Yang menariknya, hubungan antara Erra Fazira dan juga Laudya Cynthia Bella amatlah baik sekali.

Selain ENgku Emran, Erra Fazira juga pernah berkahwin dengan penyanyi popular Yusry KRU namun jodoh tidak berkekalan.

Yusry KRU kini sedang bahagis dengan Lisa Surihani.

Erra Fazira pula sedang rapat dengan penyanyi dari Akademi Fantasia, Shahir Zawawi.

Tiada ulasan