Fasha Sandha Buat Kejutan Sempena Birthday Aidil Aziz.. Sooo Sweeet

Share:

Kini ramai mengetahui hubungan yang terjalin antara pelakon Fasha Sandha dan juga Aidil Aziz. Ianya bermula menerusi tersebarnya satu video mesra antara Fasha Sandha dan Aidil di lapangan terbang.


Namun sehingga kini status hubungan aktres cantik Fasha Sandha dan pelakon Aidil Aziz masih menjadi tanda tanya.

Walaupun rata-rata melihat mereka menjalin hubungan cinta, namun pasangan ini senang berdampingan sebagai teman tapi mesra.

Mereka masih tidak memberikan penjelasan lanjut tentang hala tuju hubungan mereka yang semakin dilihat terbuka sejak kebelakangan ini.

FASHA BUAT KEJUTAN, SAMBUT BIRTHDAY

Yang terbaru tentang mereka berdua, Fasha Sandha membuat kejutan sambutan ulang tahun kelahiran Aidil Aziz yang ke-31 malam tadi.

Sambuat dibuat  di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Menerusi satu update do laman sosial Instagram milik jurugambar Aqo Imran, Aidil Aziz nyata terkejut dengan sambutan hari lahir yang di buat oleh Fasha Sandha itu.

"Thank you so much. Memang speechless tak tahu nak cakap apa," kata Aidil.


FASHA MUAT NAIK VIDEO KOMPILASI BERSAMA

Kemudian, Fasha Sandha dilihat turut upload satu video kompilasi fotonya bersama Aidil menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Video itu turut menampilkan lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sebagai latar belakang dan ianya amat sweet.

Di ruang komen, rata-rata follower dan para peminat telah mengambil peluang untuk memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Aidil dan ramai yang mendoakan agar hubungan Fasha dan Aidil berakhir di jenjang pelamin.

Selamat hari lahir Aidil Aziz.

Tiada ulasan