Fatin Afeefa Dikejarkan Ke Hospital, Jalani Pembedahan

Share:

Pelakon Fatin Afeefa popular ketika zaman kanak-kanak menerusi filem Tentang Bulan berganding dengan Aedy Ashraff dan juga Erin Malek.

Pelakon ini kini sedang menempa nama dalam industri hiburan tanah air apabila cemerlang dalam beberapa lakonan di drama bersiri seperti Red Velvet.

Dalam pada itu, Fatin Afeefa baru sahaj selesai jalani pembedahan  pada Jumaat di sebuah Pusat Perubatan Subang Jaya.

Pelakon ini telah dikejarkan ke bilik kecemanan hospital pada hari Jumaat yang lalu kerana sakit perut yang teramat sangat dan disahkan mengidap penyakit appendicitis.

Setelah itu, dokor terus membuat pembedahan untuk membuang apendiks berkenaan.

Fatin Afeefa berkata dia mengalami jangkitan kuman dalam darah namun keadaannya kini sudah stabil.

Ini kenyataan dari Fatin Afeefa:

"Saya dah selamat menjalani pembedahan buang apendiks pada Jumaat. Dalam masa yang sama, saya mengalami jangkitan kuman dalam darah.

"Tapi alhamdulillah, keadaan saya kini sudah stabil," 

"Saya sakit pada Khamis dan esoknya saya ke hospital dan terus ke kecemasan untuk pembedahan.

"Nasib baik saya dapat tahu awal. Kalau tidak, tak tahu la apa jadi," 

Fatin turut memuat naik foto dia selepas menjalani pembedahan tersebut di laman Instagram pada Sabtu.


Rata-rata pengikut di laman sosial mendoakan agar pelakon berkenaan agar kembali sembuh.

Dalam pada itu, Fatin berkata dia masih menunggu kebenaran doktor untuk pulang memandangkan sedang menjalani penggambaran drama Jodoh 2 Annisa.

Ini komennya lagi:

"Sekarang ni saya masih lagi di hospital. Sepatutnya dah boleh balik tapi saya demam pula.

"Jadi kena tunggu dulu. Takut ada jangkitan lain pula. Tapi harap-harap dapat pulang awal sebab saya perlu jalani penggambaran drama untuk 100 episod.

"Saya tak nak lah menyusahkan produksi, kru dan barisan pelakon lain," 

Semoga Fatin Afeefa kembali sembuh ya.

Tiada ulasan