Hans Isaac Patut Kahwin Erra Fazira - Awie

Share:

Datuk Awie telah membuat kenyataan baik punya semalam sekaligus telah menggamatkan Baik Punya Concert 4D .

Ini apabila Awie mengeluarkan kenyataan rakannya, Datuk Hans Isaac sepatutnya memilih pelakon terkenal , Erra Fazira sebagai isteri nya.


Kenyataan Awie ketika ditanya Datuk Afdlin Shauki dalam satu segmen konsert itu, mengundang sorakan dan jeritan penonton yang teruja dengan jawapan selamba diberikan oleh penyanyi utama kumpulan Wings itu.

Ini kenyataan selamba Awie:

"Dalam ramai bekas teman wanita yang pernah menjalin hubungan dengannya, saya rasa dia patut berkahwin dengan Erra," 

Ianya diungkapkan oleh Awie ketika konsert pembukaan di Panggung Sari, Istana Budaya malam tadi.

Konsert berdurasi 90 minit itu turut menampilkan seorang lagi artis, Datuk AC Mizal.

Untuk pengetahuan, Hans Isaac dan Erra Fazira pernah dikaitkan menjalin cinta, namun hubungan mereka tidak berpanjangan.

Malah Awie juga sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan Erra Fazira ketika muda dulu.

Memegang status lelaki yang masih bujang, Hans Isaac sering disakat oleh rakan baiknya, malah statusnya itu turut menjadi bahan jenaka Afdlin, Awie dan AC Mizal sepanjang konsert itu berlangsung.

Hans Isaac juga hampir berkahwin namun hubungannya dengan tunang bernama Gabriella telah terputus.

Kini Erra Fazira pula hangat dikaitkan sedang menjalin hubungan dengan penyanyi Shahir.

Baik Punya Concert 4D bukan sahaja menonjolkan nyanyian, sebaliknya turut menampilkan naratif mengenai perjalanan hidup empat sahabat itu yang dipersembahkan menerusi -sketsa pendek.

Persembahan masih diteruskan malam ini dan esok. Peminta mereka boleh lah datang dan tonton di Istana Budaya.

Tiada ulasan