Ini Jawapan KJ Kenapa Tak Keluar Parlimen.. Fuh Mantap!

Share:

Memang viral hari ini tentang KJ.


Ahli Parlimen Rembau dari Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin  atau lebih popular dengan gelaran KJ tak mahu mengikut jejak langkah keluar memboikot persidangan Dewan Rakyat kerana menghormati institusi Parlimen.

Katanya, pendirian berbeza yang pasti mengundang persepsi dan spekulasi pelbagai pihak itu turut diambil bagi memastikan imej BN sebagai pembangkang berwibawa tidak dipandang remeh.

Ini komen KJ tentang hal ini:

"Itu bukan cara kita menyatakan bantahan pada hari mengangkat sumpah, sebaliknya wujud keperluan untuk menghormati dewan dan majlis yang sedang diadakan.

"Ada cara lain untuk menyuarakan sebarang bantahan,"

KJ berkata sedemikian  kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Awal pagi tadi, Khairy adalah antara beberapa individu daripada blok pembangkang yang mengambil pendirian untuk kekal di dalam dewan dan mengikuti majlis angkat sumpah ketika Ahli Parlimen PAS, BN, MIC dan MCA melancarkan boikot.

Difahamkan, Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bebas-Masjid Tanah) yang sebelum ini bekas Ketua Puteri UMNO turut mengambil pendirian sama dengan KJ untuk tidak bertindak keluar daripada dewan.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata, cara lain untuk menyuarakan bantahan termasuk melalui sesi perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong atau sebaik selesai majlis perasmian, esok.

"Bagi saya lebih baik kita menghormati majlis dan tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mencemarkan imej BN sebagai pembangkang berwibawa," 

Ditanya pandangan terhadap ahli parti yang bertindak memboikot sidang Dewan Rakyat, Khairy hanya berkata: "Saya hanya cakap bagi diri sendiri, bukan untuk pihak lain."

Berkata tentang kemungkinan bakal dikenakan tindakan disiplin kerana mengingkari pendirian majoriti ahli partinya, KJ berkata, ia terpulang kepada percaturan kepemimpinan tertinggi UMNO.

Katanya, keputusan untuk kekal berada dalam majlis dan tidak meninggalkan dewan adalah pendirian tepat, selaras imej pembangkang berwibawa yang ingin ditonjolkan BN pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Saya hanya buat keputusan pada pandangan yang difikirkan betul, iaitu untuk menghormati majlis mengangkat sumpah," 

Itulah kata dari Khairy Jamaluddin. Tindakan KJ ini mendapat perhatian dari seluruh rakyat Malaysia dan ianya dipuji ramai.

Tiada ulasan