Ini Respon Bella Dally Setelah Baju Raya Sama Dengan 'Maid' Che Ta

Share:

Baru-baru ni kecoh di laman media sosial apabila baju yang dipakai oleh pengasuh dan penjaga Aaisyah Dhia Rana (anak Che Ta dan Zain Saidin) di katakan sama dengan baju pelakon cantik jelita iaitu Bella Dally.

Satu foto dimuatnaik di laman Ig milik Rozita Che Wan yang menunjukkan baju berkenaan dipakai oleh pejaga pembantu Che Ta yang menjaga Aaisyah Dhia Rana di satu majlis rumah terbuka.

Baju berkenaan merupaka keluaran jenama popular dari Ariani.

Ramai yang memuji tindakan Rozita Che Wan yang dikatakan amat pemurah belanja pembantu nya dengan jenama yang amat terkenal seperti Ariani.

Malah di majlis berkenaan, baju itu turut dipakai oleh Bella Dally.

Che Ta sendiri mendedahkan perkara berkenaan melalui laamn IG miliknya.

Habis kecoh lah para netizen.

Ianya terus menjadi viral di laman media sosial.

Setelah menjadi viral dan hangat diperkatakan, Bella Dally memberi respon yang amat chill.

Ini tulis Bella Dally:

"Saya Bella Dally sebagai duta Ariani, bangga melihat pelbagai pringkat umur, bangsa dan kelas wanita memakai baju kurung yang cantik, mampu milik dan berkualiti tinggi dari Ariani


Wow memang kelas betul Bella Dally ni, langsung tak melenting malah bersyukur kerana ada orang lain yang memakai baju yang mana dia menjadi produk jenama berkenaan.

Apapun, Bella Dally tetap cun melecun dengan pakai dari Ariani.

Tiada ulasan