Jangan dukung anak!! Arahan kepada Puteri Sarah Liyana

Share:

Impian pelakon Puteri Sarah Liyana untuk menimang cahaya mata kedua bakal menjelma apabila dia disahkan sedang hamil lima minggu.

Isteri kepada pelakon dan pengarah popular tanah air, Syamsul Yusof itu berkata, dia sememangnya sedang berusaha untuk mendapatkan anak kedua.


Ini setelah anak pertamanya iaitu Syaikhul Islam kini telahpun berumur lebih setahun.

Puteri Sarah berkata, pada awalnya doktor meminta dia untuk memberi ruang dan jarak sehingga anak pertama berusia setahun.

Namun atas faktor umur, pelakon in mahu anak segera.

"Alhamdulillah saya disahkan hamil kira-kira lima minggu.

"Saya memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata dan sudah mencuba sejak anak pertama berusia 11 bulan lagi"

"Doktor minta saya untuk cuba hamil lepas anak saya setahun tapi saya cakap dengan Syamsul saya sudah berusia 33 tahun dan kalau boleh mahu anak segera.

"Jadi saya terus sahaja mencuba dan tidak sangka rezeki itu datang pada masa kami dua-dua sedang sibuk.

"Syamsul sibuk dengan filem Munafik dan balik rumah dua hari sekali sahaja, saya pula sibuk dengan produk kosmetik yang bakal dilancarkan tidak lama lagi"

Setelah hamil, pihak doktor menasihatkan isteri Syamsul Yusof ini supaya lebih banyak untuk berehat dan tidak melakukan kerja berat.

Tentang alahan pula, dia masih lagi belum mengalaminya seperti kebiasaan dilalui wanita hamil.

"Doktor tak benarkan saya dukung anak atau lakukan kerja-kerja berat. Tapi saya dukung juga curi-curi.

"Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin masih awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga"

Pasangan sama cantik sama padan ini telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syaikhul Islam yang kini berusia 1 tahun 3 bulan.

Apapun semoga segalanya dipermudahkan buat Puteri Sarah Liayan dan juga Syamsul Yusof.

Tiada ulasan