Kantoi Teruk, Ini Pengakuan Berani Aiman Tino

Share:

Kecoh di laman media sosial ketika ini apabila ada pihak mula membuat pendedahan tentang selebriti memakai jenama palsu atau fake product.

Salah seorang yang terkena tempias ialah penyanyi popular Aiman Tino.

Beberapa keping foto Aiman Tino tersebar dan pihak berkenaan menulis bahawa Aiman telah menggunakan jenama fake.

Ini termasuk topi jenama popular Supreme dan juga shoe jenama Air Jordan.


Penyanyi berumur 20 tahun ini akhirnya tampil memberi kenyataan tentang isu yang sedang hangat ini.

Aiman Tina akhirnya mengaku bahawa dirinya menggunakan barangan berjenama tiruan seperti yang viral pada hari ini.

Menurutnya, ada antara barangan berjenama itu sukar untuk didapatkan di negara ini.

Ini komen Aiman Tino melalui harian Metro:

"Ya, saya akui ada memakai barangan berjenama yang tidak 'original'. Saya tak malu mengaku dan kalau orang nak hakimi saya pun, saya tak kisah.

"Ada antara barangan berjenama yang 'original' atau asli sukar untuk didapatkan di Malaysia. Ada juga memang tidak dijual di sini," 

"Saya memakai barangan tiruan tapi tidak menyokongnya 100 peratus. Ada antara barangan itu diberikan peminat sebagai hadiah.

"Lagi satu, ia adalah untuk penampilan. Kalau setakat pakai sekali, rasa membazir pula kalau beli mahal-mahal. Jadi, yang tiruan pun sudah memadai,"

Aiman Tino juga telah meminta maaf sekiranya tindakannya memakai dan menggunakan barangan berjenama tiruan membuatkan ada pihak yang tak senang melihatnya.

Selain Aiman Tino, ramai lagi selebriti lain juga dikatakan menggunakan dan memakai barangan berjenama tiruan antaranya Fatiya Latiff, Emma Maembong, Ismail Izzani dan Janna Nick.

Boleh lihat IG berkenaan di INSTAGRAM SINI.

Tiada ulasan