"Kau buat dia mengandung.. itu anak kau!" - Ummi Nazeera tempelak sang suami

Share:

Baru-baru ini pelakon yang sedang hamil, Ummi Nazeera telah meluahkan perasaan di laman IG miliknya.

Ummi Nazeera telah luah rasa kesalnya terhadap sikap sesetengah suami yang mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang ketua keluarga.


Luahan Ummi Nazeera yang dimuat naik di Instagramnya itu rentetan pengalaman beliau sendiri yang ternampak seorang isteri yang bersusah payah menjaga tiga orang anaknya di sebuah restoran sedangkan suaminya itu sedang menikmati makanan.

Jom kita baca luahan dari Ummi Nazeera ni:

Ada yang kata … "Suami sakit confirm isteri akan jaga.. Isteri sakit belum tentu suami boleh jaga". What do you think of this phrase ?
Alhamdulillah so far izzar and I took care of each other well when one of us is ill.
Tapi yeah lah … It’s sunnah for husbands to help around the house .The same goes to taking care of children.
Kadang kadang saya rasa sangat sedih tengok mak mak di restaurants .. sibuk layan anak 2-3 orang makan.. while husband acts like he doesn’t care ..eating away all his food.
errr hellooo… YOU made her pregnant . It’s your child too .. YOUR chromosome determines whether she carries a girl or a boy … take some responsibility lah
And Prophet (saw) used to always help his wives. Alhamdulillah for such an amazing role model.
PS : wali saudara sebelah ayah lagi kuat dari wali saudara sebelah mak .. Kalau anak perempuan nak kahwin nanti .. the list of relatives goes through fathers side first … that’s how strong a father is . Yup. Anak you

Memang betul apa yang ditulis oleh Ummi Nazeera ini. Luahan hati Ummi Nazeera ini telah mendapat perhatian para follower yang rata-rata setuju dengan penulisan nya itu.

Ramai yang setuju dengan pendapat beliau yang mengkritik sikap sesetengah suami yang mementingkan diri mereka sendiri dan tak menjaga isteri serta anak dengan baik.

Semoga perkongsian Ummi Nazeera ini dijadikan peringatan buat semua terutama para suami di luar sana.

Untuk pengetahuan semua, Ummi Nazeera kini sedang sarat mengandung 7 bulan dan dijangkaakan melahirkan anak pada bulan September nanti.

Tiada ulasan