Keadaan Terkini Puteri Balqis Yang Sedang Bertarung Kanser

Share:

Pelakon cilik popular Puteri Balqis menjadi bualan setelah dikatakan sedang bertarung dengan penyakit cancer.


Dalam satu video, pelakon ini ada memberitahu keadaan kesihatannya semakin baik dan kembali sihat.

Menerusi siaran langsung (live) di laman Instagram, kelihatan Puteri Balqis ceria dan sedang beramin-main di sebuah tapak taman permainan.

Ini antara ayat yang keluar dari mulut pelakon berbakat besar ini:

"Aqish sudah sihat sikit. Aqish dah boleh lari-lari dan sudah makan. Nanti doakan supaya Aqish lebih sihat ya.

"Aqish ada surprise, Aqish dah potong rambut,"

Ini videonya yang dimuatnaik semula oleh portal mStar:



Kisah Puteri Balqis mendapat perhatian ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram bersama tanda pagar #fightcancer.

Ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz memaklumkan bahawa anaknya kini sedang mendapatkan rawatan pakar.

Norashikin juga berharap keadaan anaknya itu akan kembali pulih dan akan berkongsi berita baik dengan peminat.

Ibu Puteri Balqis sebelum ini telah mengesahkan anaknya menghidap kanser, namun tidak dinyatakn secara spesifik.

Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah dan disahkan mempunyai masalah jantung.

Kini pelakon ini sedang bertarung penyakit cancer. Semoga Puteri Balqis kembali sihat seperti sebelum ini.

Mari ramai-ramai kita doakan

Tiada ulasan