Kereta Ferrari RM1.8 Juta Milik Dato Aliff Syukri Meletup, Terbakar

Share:

Semalam kecoh apaila ada satu kereta mewah jenama Ferrari telah terbakar di Kuala Lumpur. Ramai yang tertanya-tanya milik siapakah kereta berkenaan dan apa kah yang berlaku?

Ramai yang nak tahu apa punca kebakaran kereta berkenaan, apatah lagi ianya merupakan kereta mewah berjenama Ferrari.

ALIFF SYKURI LUAH RASA SEDIH

Semalam, jutawan dan ahli perniagaan popular tanah air, Dato Aliff Syukri Terlajak Laris telah menulis rasa sedihnya.

Ini komennya: "Sedihyee..tabahkan hatiku.."

Apabila komen ini dibuat ramai yang nak tahu kenapa pula Dato Aliff Syukri luah rasa sedih. Ada kaitan dengan kereta tersebut ke.

KERETA DATO ALIFF SYUKRI TERBAKAR

Hari ini, Dato Aliff Syukri seperti mengesahkan perkara berkenaan apabila mulis satu luahan hati dengan video kereta Ferrari terbakar.

Ini tulisnya:

"Aku insan yang lemah... kuatkanlah semangatku ya Allah.. apa patut saya buat.. kereta kesayanganku aku beli rm1.8juta tak ada salah tak ada apa tetiba meletop"

Ini videonya:


Fuh tak sangka kereta Dato Aliff Syukri yang terbakar. Memang sedih kalau kereta mewah dengan harga juta seperti itu terbakar.

Semoga Dato Aliff Syukri bertabahlah dengan dugaan yang datang ini. Sudah pasti ada hikmahnya.

Yang penting nyawa Dato Aliff Syukri selamat.

Semalam menerusi satu laporan Sinar Harian, pihak Bomba mengesahkan sebuah kereta mewah jenama Ferrari telah terbakar dan rentung di KM29.5 Lebuhraya Kesas dalam kejadian yang berlaku petang semalam.

Kebakaran tersebut berlaku di Lebuhraya Kesas menghala ke Plaza Tol Sunway yang melibatkan sebuah kereta mewah jenama Ferrari dan terbakar 100 peratus.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dan tidak dapat dipastikan adakah kereta tersebut benar-benar milik usahawan itu ataupun sebaliknya.

Tiada ulasan