Kisah Hidup Rita Rudaini Bakal Jadi Drama Bersiri, Siti Elizad Dipilih

Share:

Rita Rudaini sebelum ini ada mengeluarkan buku tentang kehidupannya atau lebih dikenali sebagai buku biografi berjudul Kerana Aku Seorang Perempuan.


Pelakon ini akhirnya tampil bercerita bahawa ada pihak yang berminat untuk menjadikan buku tentang kisah hidupnya itu sebagai drama bersiri.

Beiau berkata lagi, sehingga kini perkara berkenaan masih dalam peringkat perbincangan kerana ingin memastikan karya tulisan Pengarang Pancaindera Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin itu divisualkan dengan baik.

Jom baca pendedahan pelakon berusi 42 tahun ini:

"Saya sayang karya tulisan Tengku Khalidah itu kerana apa yang beliau telah hasilkan itu cukup baik dan jika ada yang ingin menjadikannya ia drama ia perlulah setaraf atau lebih baik lagi.
"Alhamdulillah, ada beberapa pihak menunjukkan minat dan perbincangan ada dibuat cuma saya perlu meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan.
"Bukan apa saya tidak mahu ia sekadar naskhah tangkap muat sahaja," 

Apabila ditanya siapakah pelakon yang dipilih oleh Rita Rudaini jika projek ini dibuat, tanpa berselindung, Rita berkata, dia membayangkan aktres Siti Elizad Sharifuddin melakonkan watak dirinya sekiranya projek itu benar-benar terjadi.

Ini kata Rita tentang Siti Elizad:

"Yang saya lihat boleh membawakan watak sebagai diri saya dalah Siti Elizad.
"Karakter dan kredibiliti dia sebagai pelakon saya cukup kagum dan ada perkara tentang dirinya yang saya rasa boleh menjadi 'diri saya' dalam drama itu nanti," 

Melalui buku Kerana Aku Seorang Perempuan, Rita Rudaini buat kali pertama mendedahkan secara eksklusif gambar pernikahan dengan bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd Radzak.

Gambar kenangan yang disimpan itu diambil ketika upacara akad nikah yang diadakan di sebuah gudang beras di Thailand.

Ianya dibuat disitu kerana takut ada orang yang kenal.

Sekiranya drama ini menjadi realiti, sudah tentu ianya menjadi drama bersiri yang dinantikan ramai.

Tiada ulasan