Komen Balas Erra Fazira Tentang Penceraian Ziana Zain

Share:

Pelakon Erra Fazira percaya, teman rapat yang juga rakannya, Ziana Zain akan sentiasa kuat semangat untuk berdepan dugaan berat selepas perkahwinannya berakhir baru-baru ini.


Erra Fazira yang pernah berlakon bersama Ziana Zain dalam filem Sembilu berkata, Ziana pasti mempunyai alasan kukuh apabila mengambil keputusan yang amat berat itu.

Dia percaya rakannya itu tidak terburu-buru melakukannya, apatah lagi selepas lama berusaha mempertahankan perkahwinannya.

Ini kata Erra :

"Saya tahu, Ziana tidak keseorangan dan mempunyai ramai insan di sisi sebagai pemangkin semangat termasuk keluarga dan anak-anak.

"Ziana sudah saya anggap seperti seorang kakak dan mempunyai kelompok peminat setia yang begitu menyayanginya. Jadi, hormati keputusannya dan usah membuat andaian sendiri kerana kita tidak berada pada tempatnya," 

Erra yang juga ibu tunggal apabila pernah bercerai dua kali. Erra berkata, dia yakin Ziana akan menemui kebahagiaan yang dicari dan berharap orang ramai tidak memberinya tekanan ketika sedang diuji.

"Bagi saya, setiap manusia mempunyai hak untuk mencari kedamaian, terutama apabila menjengah usia matang. Ziana tahu apa yang terbaik untuk dirinya dan anak-anak. Sebagai orang luar, lebih baik kita mendoakan kebahagiaannya,"

Khamis lalu, Ziana Zain bercerai talak satu dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 20 tahun lalu itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Pada 3 April lalu, Ziana memfailkan perceraian di mahkamah yang sama selepas Armin dikatakan enggan melepaskannya secara baik.

Tiada ulasan