"Love You Too" Aidil Aziz Cintai Fasha Sandha

Share:

Antara pasangan pelakon yang sedang hangat diperkatakan ketika ini ialah pasangan pelakon Fasha Sandha dan juga Aidil Aziz.

Orang ramai kini mula menghidu hubungan kedua mereka setelah satu video menunjukkan kemesraan mereka di lapangan terbang menjadi viral pada bulan Jun yang lalu.


Fasha Sandha sebelum ini ada menyatakan Aidil Aziz merupakan lelaki yang amat rapat dengannya ketika ini.

BIRTHDAY AIDIL

Semalam, Fasha Sandha ada mengucapkan selamat hari lahir kepada Aidil Aziz sempena hari lahir pelakon itu yang ke 31.

Malah, Fasha Sandha turut memuatnaik satu video menarik di Instagram antara mereka berdua menunjukkan kemesraan antara mereka berdua.


UCAPAN LOVE

Kali ini, menerusi akaun Instagram @itsaidilaziz pula telah tampil membalas ucapan aktres itu.

Malah Aidil dengan terbuka meluahkan rasa cinta kepada Fasha Sandha:

"TQSM Mak Ngah. You are so sweet. Semoga Allah memberi kebahagiaan dan kesihatan yang baik buat seluruh keluarga,juga diperluaskan lagi rezeki kamu. Aminn. Love u more,"

Untuk pengetahuan, pasangan ini menggunakan gelaran Mak Ngah dan Pak Ngah sesama mereka.

Diruang komen, follower nya telah memberi ucapan dan doa sempena hari jadinya, tidak kurang juga yang mahu melihat kedua-dua pelakon ini untuk mendirikan masjid secepat yang mungkin.

Semoga Aidil Aziz dan Fasha Sandha bahagia selalu dan cepatlah naik pelamin, ramai tak sabar nak tengok.

Tiada ulasan