Luahan Bengang Ibu Puteri Balqis .. Kurang Ajar, Tak Sensitif Langsung

Share:

Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita bahawa pelakon cilik Puteri Balqis dikatakan mempunyai penyakit kanser.

Berita ini ternyata membuat ramai mula memberi sokongan kepada pelakon kanak-kanak yang berbakat besar itu.

Sebelum ini Puteri Balqis pada mulanya dikatakan mempunyai masalah jantung, namun kini dia pula sedang kuat bertarung dengan penyakit kanser.

Namun ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan ibu Puteri Balqis berang.

Ibu mana yang tidak marah apabila menerima mesej secara peribadi dari rakannya yang menganggap berita itu sebagai sesuatu yang sensasi.

Ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Aziz meluahkan rasa berang menerusi posting di Instagram miliknya.

Ini luahan ibu pelakon ini:




Posting ibu kepada Balqis ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata menganggap perkara itu kurang sopan.

Tindakan itu juga boleh menyinggung perasaan Balqis dan keluarga. Harap netizen dapat membezakan antara isu sensitif dan gurau senda supaya tindakan kita itu tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Apapun semoga Puteri Balqis dan keluarga terus kuat hadapu dugaan ini.

Semoga cepat sembuh.

Tiada ulasan