Mahkamah Tolak Permohonan Serina Redzuawan Dapat Hak Jagaan Anak... Ini Puncanya

Share:

Ini tentang berita anak kepada Chef Wan iaitu pelakon Serina Redzuawan.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menolak permohonan pelakon Serina Redzuawan untuk mendapatkan hak jagaan sementara dua anaknya dengan bekas suaminya, warga Britain, Salahudin@ Gavin Edward O’luanaigh.


Antara punca nya adalah kerana telah ada hak penjagaan kekal yang dipersetujui bersama sebelum ini.

Selain itu, Hakim Syarie Salehan Mat Yatim dalam keputusannya selain itu menegah Serina dan Salahudin (Gavin) daripada membawa anak-anak mereka ke luar negara walaupun Serina memohon mahkamah tidak membenarkan bekas suami sahaja membawa anak ke luar negara.

Perintah itu terpakai sehinggalah kes induk permohonan Serina untuk mengubah perintah hadanah (hak penjagaan) kekal yang diperoleh Salahudin Gavin) diputuskan nanti.

Hakim telah membuat keputusan berkenaan dengan kehadiran Salahudin yang diwakili peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan peguam syarie dari pihak Serina iaitu Datuk Seri Amli Embong.

Untuk pengetahan, pada 27 Julai tahun lepas, Serina Redzuawan telah memberikan hak penjagaan kekal Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun, dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun, kepada Salahudin (Gavin) melalui penghakiman persetujuan berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang telah dipersetujui bersama.

Namun begitu, Serina Redzuawan selaku pihak pemohon pada 26 Februari tahun ini telah memfailkan permohonan untuk mengubah perintah hak jagaan kekal itu atas alasan antaranya Salahudin yang dinamakan sebagai pihak responden tidak mengamalkan hidup secara Islam dan bimbang anak-anaknya akan murtad.

Serina Redzuawan juga khuatir anak-anaknya akan dibawa keluar dari Malaysia memandangkan keluarga bekas suaminya itu berada di London.

Hakim dalam keputusannya juga memerintahkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, pegawai penguat kuasa agama dan pihak berkuasa lain memberikan kerjasama sewajarnya bagi memastikan perintah tersebut dilaksanakan sepenuhnya.

Apapun semoga Serina dan Gavin dapat bertimbang rasa dan melakukan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Tiada ulasan