"Mereka terus mencabar dengan angkuh..Cegah sebelum parah" - PU Amin

Share:


Seorang pendakwah dari Pencetus Ummah iaitu PU Amin menjadi buah mulut apabila lantang menegur golongan lelaki yang menterupai wanita atau lebih dikenali sebagai mak nyah atau bapok.

Sebelum ini PU Amin lantang menegur Safiey Ilias sehingga kisah mereka menajdi viral.

Kini PU Amin menegur lagi golongan ini.

Perkongsian PU Amin di laman media sosial Facebook telah menjadi viral.

Ini kongsinya:

Malam tadi di Grand Ballroom , Sunway Putra Mall . Mereka terus mencabar dan mencabar kesucian agama ini . Aku sudah tidak mampu untuk berkata kata . Hanya doa dan harapan agar Allah Swt memberi petunjuk yang segera kepada kita semua.. 
Azab Allah tidak selektif , andai azab diturunkan kita semua bakal menjadi mangsa bala malapetaka ini. Inilah generasi anak anak keturunan yang kita hasilkan. Nak aku tegur dimaki hamun lagi , nak aku berlembut mereka terus mencabar dengan angkuh dan sombong.. 
Andai Rasulullah Saw masih ada, tentu Baginda akan menangis kerana diam nya mereka yang berilmu.. 
Cegah sebelum parah, dakwah sebelum rebah , pada Allah aku berserah..
TQ pada yang tag aku gambar ini dan minta aku tegur . Aku tak mampu untuk menegur lagi , kerana tiada daya dan upaya hanya berserah pada Allah Swt .

Ini foto yang dimuat naik oleh PU Amin



Nampaknya ramai yang menyokong terguran secara terbuka oleh PU Amin ini. Sehingga kini ramai yang share dan menulis pandangan mereka di ruangn komen.

Apapun semoga perjuangan PU Amin dipermudahkanNya.


Tiada ulasan