Nabil Ahmad Tampil Balas Kenyataan Panas Aiman Hakim Ridza

Share:

Pengacara paling popular ketika ini sudah tentu Nabil Ahmad.

Pelawak ini berjaya mendapat perhatian ramai melalui gayanya ketika mengacarakan Gegar Vaganza dan juga rancangan hiburan MeleTop.

Namun baru-baru ini, pelakon Aiman Hakim Ridza ada mengatakan supaya berhenti mengambil pelawak sebagai pengacara sesuatu rancangan.

Ini setelah dia memberi respon kepada tweet dari Syazwan Zulkifly tentang cara pengacara Melodi.

Bagi Nabil, dia menyifatkan, cadangan seorang pelakon supaya berhenti mengambil pelawak menjadi pengacara sebagai sengaja mahu mencari perhatian.

Kata Nabil lagi, jika pelakon itu ikhlas mahu melihatnya menjadi pengacara program hiburan yang bagus, dia boleh memberikan teguran secara berdepan, bukan menggunakan laman sosial untuk meluahkan rasa tak puas hati.

Ini respon balas Nabil tentang isu ini:

"Banyak beza antara kritikan membina dan menghentam. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, tetapi apabila terus mengheret pelawak yang menjadi pengacara sebagai isu, dia seperti tidak berpuas hati.

"Kalau penonton kurang selesa dengan cara penyampaian saya, tidak mungkin saya masih bersama MeleTOP selama lima tahun. Memang saya pelawak, tetapi bukan cara saya untuk buat lawak tidak bertempat.

"Lagipun, setiap program mempunyai kelompok penonton yang tersendiri. Mana mungkin boleh syok sendiri.

"Kalau dia rasa pelawak tidak sesuai sebagai hos atau lawak kami tidak bertempat, mungkin boleh tunjukkan bagaimana caranya menjadi pengacara yang bagus,"

Kisah ini bermula apabila Syazwan Zulkifly menyindir cara Janna Nick mengendalikan program hiburan popular, Melodi.

Sebenarnya Syazwan tidak menyebut nama, namun kenyataan pelakon itu mengenai pengacara wanita Melodi yang tergedik-gedik dan terkinja-kinja jelas merujuk kepada Janna Nick.

Setelah tersebar, pelakon berkenaan memohon maaf kepada Janna sekiranya perkataan yang digunakan telah mengguris hati Janna Nick.

Tak lama kemudian, luahan Syazwan itu mendapat sokongan pelakon, Aiman Hakim Ridza yang turut mencadangkan supaya berhenti mengambil pelawak sebagai hos dengan meletakkan tanda pagar, #meletops pada komen balasnya.

Ini tulis Aiman Hakim Ridza:

"Berhenti ambil pelawak. Bukan semua benda perlu loyar buruk okay. Dan ia langsung tak kelakar pun,"

Walau ada isu yang melanda, Nabil berkata, tumpuannya kini diberikan kepada Nabil Ahmad Productions yang bakal menerbitkan filem aksi komedi.

Tiada ulasan