Nah penjelasan sebenar Ifa Raziah dan Sheeda gaduh... Mesti buat ramai panas hati!!

Share:

Kecoh apabila satu video menunjukkan dua penyanyi Ifa Raziah dan Sheeda bertengkar serta bergaduh di parking lot baru-baru ini.


Video itu mula menjadi viral selepas di muatnaik di laman IG milik Sheeda.

Menerusi video itu, Sheeda melalui captionnya turut melabel Ifa sebagai wanita 'plastik' selain suka mencari pasal dan penipu.

Ini videonya:



Ramai yang nak tahu hal sebenar tentang pergaduhan kedua-dua penyanyi veteran ini.

PENJELASAN SEBENAR

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Sheeda dan Ifa Raziah tadi, mereka berdua mengesahkan insiden berkenaan hanyalah lakonan mereka dan ia hanyalah prank semata-mata.

Ramai betul yang terkena dengan gimik yang dibuat oleh kedua-dua penyanyi ni.

Ini video terbaru, penjelasan kedua mereka:


Ini komen Ifa Raziah:

"HAHAHA...JOM KITA TENGOK VIDEO NI DAPAT BERAPA JUTA VIEWS PULAK? Kalau benda tak elok, sekejap jer naik views, kalau video elok...tak ada orang nak tengok!!!...Kepada Timbalan saya dalam @bintangdangdutmalaysia Sheeda, walaupun kadang-kadang kita berbeza pendapat, persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat! Aku dengan ikhlas hati memohon maaf atas keterlanjuran kata atau segala yg berlaku sepanjang persahabatan kita...❤ You Sheeda

Ini komen Sheeda:

"Memang kami dah lama tidak bertegur sapa sebelum ini tapi kami sudah pun berdamai. Kami hanya bergurau jadi korang semua jangan nak serious sgt ok

Itulah hal sebenar yang pasti membuat ramai rasa berang kerana kena prank. Ianya hanyalah satu gimik semata.

Sebelum ini, penyanyi Nabila Razali juga pernah melakukan gimik kononnya putus cinta dengan Aedy Ashraf namun itu semua adalah rancangan bagi meraih populariti.

Gimik yang dibuat oleh Nabila Razali telah menajdi viral.

Selain itu, kisah penyanyi Haqiem Rusli yang dilaporkan mengalami masalah kemurungan turut dikatakan gimik bagi mempromosikan lagu terbarunya.

Setelah teruk dihentam, Haqiem membuat pengakuan dia memang ada kemurungan tapi tahap sederhana dan terus berjumpa doktor.

Tiada ulasan