"Nak Anak Secepat Mungkin.. Tak Perlu Lengah" - A. Aida Mahu Segera Hamil

Share:

Produser yang hebat, Datuk A. Aida kini telahpun selamat bergelar isteri kepada pelakon baru, Ariff Aziz.

Setelah bergelar isteri, A. Aida ada meluahkan hasrat dan memang mengimpikan zuriat bersama suami itu.


Datuk A. Aida atau nama penuhnya Zaidah Awang, menyatakan mereka merancang untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.

Ini komen A. Aida:

"Perancangan anak, sudah tentu kami mahukannya secepat mungkin."

"InsyaAllah jika dimurahkan rezeki kami mahu menimang cahaya mata bersama."

"Memandangkan kami sama-sama sukakan bayi dan kanak-kanak, jadi tak perlu dilengahkan lagi"

Baguslah sekiranya perancangan emreka berdua begitu. Memang bagus untuk menimang cahaya mata secepat mungkin jika di izinkanNya.

Selain itu, berbicara tentang perancangan berbulan madu (honey moon), A. Aida berkata, mereka mahu bercuti ke Australia pada bulan Ogos ini, bulan depan.

"Sebenarnya kami hendak pergi ke tempat cuaca sejuk dan setakat ini Australia paling sesuai.

"Selain itu, Insya-Allah pada Disember kami akan mengerjakan Umrah bersama pula," 

Pada tarikh 22 Julai yang lepas, pasangan ini selamat diijabkabulkan dengan dua kali lafaz akad nikah.

Produser ini berumur 47 tahun manakala Ariff berumur 29 tahun. perbezaan umur mereka berdua pernah menajdi bahan bualan para netizen sebelum ini.

A.Aida pernah melalui tiga alam perkahwinan sebelum ini termasuklah dengan penyanyi popular Ameng (Spring).

Aida telah dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinan terdahulu.

Sumber: mStar


Tiada ulasan