Nak Kahwin Dengan Lelaki Idaman... Ini Komen Intan Liana

Share:

Wanita ini telah menjadi terkenal dan bualan ramai, ekoran kisah yang melanda dirinya. Namanya ialah Intan Liana.

Intan Liana merupakan bekas isteri kepada pemuzik Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid yang pernah bermadu dengan pelakon popular Izreen Azminda.


Di saat ini, nama Intan Liana semakin popular sebagai Instafamous dan wanita ini mula mendapat pelbagai tawaran sebagai duta kepada produk selain membuat review di laman media sosial, syukur rezeki Intan setelah bergelar ibu tunggal.

dalam pada itu, berbicara tentang mencari suami baru, Intan Liana memberitahu tidak pernah berasa fobia untuk kembali berkahwin walaupun pernah mengalami kehancuran di dalam rumah tangga dengan Ude Wahid.

Wanita berumur 33 tahun ini berkata, perkahwinan merupakan satu tuntutan dalam agama Islam namun memberitahu buat masa ini dia tidak berfikir mengenainya.

Ini komennya:

"Tidaklah, kahwinkan tuntutan Islam, kahwin jela kan... Hihihi," 

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan pengikutnya, Intan Liana secara berseloroh menyatakan bahawa dia ada terfikir untuk mencari pengganti namun tiada siapa yang mahukan dirinya.

Dikatakan sejak bercerai tiada lelaki yang cuba mendekatinya selain meminta pengikutnya mencarikan calon untuknya.

"Ada rasa nak cari pengganti tapi takde orang nak... Hahaha. Tengok juga orangnya macam mana, taknak dicurangi lagi," 

Sementara itu, menjawab ciri-ciri lelaki idamannya, Intan berkata, jejaka itu mestilah seorang yang comel, mengambil berat, bertanggungjawab, rajin dan menjaga solat.



Untuk pengetahuan, Ude Wahid telah menceraikan Intan Liana dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 3 tahun, dan Ariq Muqri, 1 tahun.

Ude Wahid dan Izreen Azminda telah berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

Sumber: mStar

Tiada ulasan