Pelakon Watak Husna, Niena Baharun Bagi Amaran Terakhir!

Share:

Kini nama Husna sering muncul di media sosial. Mana pun mesti ada sahaja yang tak puas hati dengan Husni ni.

Sebenarnya, Husna merupakan satu watak dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku yang ditayangakan di slot Akasia jam 7 malam di TV3.

Ramai yang benci sangat dengan Husni ni kerana watak berkenaan merupakan seorang wanita yang cuba merampas kebahagiaan wanita lain, pendek kata nak kahwin dengan suami orang.


Pelakon yang membawa watak ini bernama Niena Baharun, pelakon baru yang sedang meningkat naik.

Apabila nama Husna semakin popular, dilihat banyak pihak tidak bertanggungjawab yang salah guna foto Niena Baharun untuk tujuan mempromosikan produknya di laman media sosial.

Ini telah membuatkan pelakon, Niena Baharun memberikan amaran terakhir kepada pihak tersebut.

Menerusi ruangan IG storynya, Niena mengatakan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya jika perkara itu masih diteruskan pihak tersebut.

Ini kenyataan Niena Baharun:

"Harap maklum, segala gambar atau video saya yang digunakan untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi barang atau perkhidmatan di sosial media sama ada di Instagram dan Facebook, tidak pernah mendapat keizinan dan persetujuan daripada pihak saya.

"Diharapkan pihak berkenaan jangan menyalahgunakan dan padam serta-merta gambar saya untuk sebarang tujuan yang berkaitan dengan pengiklanan, promosi produk atau perkhidmatan anda.

"Jika perkara ini berterusan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya"


Oleh kerana amaran itu, pihak-pihak berkenaan telah memadam foto Niena Baharun daripada laman media sosial mereka.

Biasalah kalau dah popular dan tengah trending sudah tentu ada sahaja pihak yang akan mengambil kesempatan.

Apapun, perkongsian Niena Baharun ini akan turut memberikan kesedaran buat pihak lain yang turut berbuat perkara sedemikian.

Untuk pengetahuan, Niena Baharun kini sedang hamil anak pertama.

Lakonannya dalam drama Jangan Benci Cintaku bersama Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson dan Amelia Henderson meletu-letup di TV3.

Tiada ulasan