Pendedahan Mengejutkan Pereka Fesyen Tentang Rozita Che Wan.. Rahsia 13 Tahun

Share:

Pembuat baju dan pereka fesyen popular tanah air iaitu Rizman Ruzaini mendedahkan sesuatu tentang pelakon popular Rozita Che Wan. Apa benda tu?

Melalui laman IG, Rizman Ruzaini menyatakan bahawa ukuran badan pelakon popular Rozita Che Wan ata Che Ta langsung tak pernah berubah.

Bukan sekejap tau tetapi ianya kekal selama 13 tahun lalu.

Rizman yang menjawab soalan netizen di Instagramnya memberitahu Che Ta adalah artis yang mempunyai bentuk badan paling sempurna sama seperti ukuran patung.

Ini soalan seorang netizen di laman IG: "Artis mana yang pernah bekerja sama dengan anda body paling perfect?"

Ini jawapannya:

"Beliau (Che Ta) selebriti pertama yang mengayakan rekaan Rizman Ruzaini dan sejak itu ukuran badannya tidak pernah berubah.

"Sudah 13 tahun dan perfect fit on mennequin (ukuran sempurna pada patung) @Rozitachewan1," 

Rizman menjawab soalan secara rawak daripada netizen di laman sosial Instagramnya semalam dan ianya telah mendapat reaksi yang positif dari para followernya.

Ramai yang terkejut denagn pendedahan itu kerana tak sangka bentuk badan Che Ta telah maintain selama 13 tahun, satu perkara yang amat menakjubkan.

Namun ada peminat Che Ta yang menyatakan pelakon kegemaran mereka itu sememangnya amat mementingkan kecantikkan dan bentuk badannya yang langsing.

RESPON CHE TA

Apabila perkara ini menjadi bualan, Che Ta te;ah tampil membalas kenyataan tersebut dan menganggap ia adalah satu pujian daripada perkea fesyen itu.

Ini komennya: "Rasa nak nangis dengan pujian ini," 

Jenama fesyen Rizman Ruzaini gabungan dua pereka iaitu Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil dan Rizman Nordin.

Jenama ini amat gah di dunia fesyen di Malaysia.

Tiada ulasan