Pengacara Melodi Tak Hormat Orang - Aiman Hakim Ridza

Share:

Selepas pelakon Syazwan Zulkifly meluahkan rasa kurang gembira dengan cara pengacara Melodi iaitu Janna Nick, pelakon kacak Aiman Hakim Ridza turut memberi pendapatnya.


Pada mulanya Syazwan ada menyindir seorang pengacara wanita dalam sebuah program hiburan mingguan baru-baru ini.

Ini tulis Syazwan di laman Twitter;

"Terasa tahap monyet pula industri aku ni bila tengok pengacara perempuan Melodi ni tergedik-gedik terkinja-kinja handle program ni,"

Kata-kata dari Syazwan itu kemudian telah disokong oleh Aiman Hakim Ridza.

Ini respon dari Aiman:

"So true. Pengacara #Melodi hari ni tak hormat orang. (Mostly) syok sendiri dengan lawak bodoh.

"So immature. Tak ada class as a human and stop ambil pelawak, bukan semua benda perlu loyar buruk ok. And it's not even funny #meletops wtf!" 



Kenyataan dari Aiman Hakim Ridza ini mendapat sokongan oleh netizen.

Sementara itu, Syazwan Zulkifly sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan dan eminta maaf kepada Janna Nick sekirannya terasa dengan komen berkenaan.

Janna Nick juga ada memberi respon menyatakan dia akan mengambil semua kritikan untuk lebih majukan dirinya.

Rancangan hiburan mingguan Melodi disiarkan setiap hari Ahad pukul 12 tengahari di stesyen TV3 dan menampilkan Janna Nick serta Ajak Shiro sebagai pengacara.

Melodi merupakan antara rancangan hiburan paling popular di Malaysia.

Tiada ulasan