"Perempuan Tu Pramugari..Bertabahlah" Suami Dituduh Curang... Ini Kenyataan Sharifah Sakinah

Share:

Siapa yang tak kenal dengan telatah pelakon kelakar Sharifah Sakinah dalam drama lakonannya telah banyak menghiburkan penonton.


Tidak hanya di kaca TV, malahan Sakinah juga turut membuatkan pengikut laman sosialnya tidak kering gusi dengan telatah dan lawaknya yang gila-gila di laman media sosial.

Baru-baru ini Sharifah Sakinah popular dengan video yang jadi viral dengan tagline popular "Haa tepuk!".

Namun, menerusi satu perkongsian terbaru Sharifah Sakinah di Instagram membuatkan ramai terkejut.

Ada seorang follower wanita telah menghantar mesej yang telah membuatkan pelakon itu naik angin.

Ini kerana wanita berkenaan telah membuat dakwaan bahawa suami kepada Sharifah Sakinah telah berlaku curang dengan seorang pramugari.

Ini tulis wanita berkenaan:

"Salam kak Sharifah, saya nak tanya tapi bukan nak menuduh. Cuma saya dapat gambar ini dari IG seorang perempuan ni.

"Harap kak Sharifah tabah walau apa pun jadi dalam hidup, I janji tak akan bagitahu tentang ni. I perasan dari dulu lagi sebab perempuan tu pramugari.

Sharifa Sakinah terus membuat IG story dan membuat kenyataan berbunyi seperti amaran kepada wanita yang menghantar mesej mendakwa suaminya curang di belakangnya.

Ini respon Sharifah Sakinah

"Perhatian kepada orang luar yang tak tahu-menahu tentang hidup dan hubungan saya suami isteri, dengan segala hormatnya boleh berambus!

"Kami tidak perlu pun perhatian anda atau tuduhan melulu tentang hal peribadi. Siapa anda? Pelik gila.

Antara lain mesej yang diterima oleh heroin Girlfriend Aku Dari Neraka itu adalah dia mendakwa mendapat gambar dari satu akaun Instagram dan mengaitkan seorang wanita bekerja sebagai pramugari dan dikaitkan dengan suami kepada Sakinah, Aliff Adha.

Ini luahan Sharifah Sakinah




Imbas kembali, Sharifah Sakinah dan Aliff  Adha disatukan pada Mac 2015 dan kini sedang berbahagia dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha.

Tiada ulasan