"Perlu masa untuk berubah...saya sedar ia salah" - Pengakuan Saharul Ridzuan

Share:

Pelakon tampan Saharul Ridzuan akui kesilapan yang dibuatnya keyika berlakon baru-baru ini.

Saharul Ridzuan tela terlepas pandang ketika melakonkan babak bersama pelakon senior Azizah Mahzan sebagai Nek Mah dalam lakonan terbaruya menerusi drama Jangan Benci Cintaku.



Dia yang memegang watak utama dalam drama itu dilihat telah bersentuhan dengan Azizah Mahzan walhal sebelum ini berkata tidak akan berbuat sebegitu lagi.

Ekoran itu, Saharul Ridzuan tampil menafikan dakwaan dirinya sudah terbuka untuk melakukan adegan mesra bersama bukan mahram seperti berpelukan mahupun berpegangan tangan.

Ini penjelasan dari Saharul Ridzuan:

"Saya akui kadang-kadang saya tidak sedar apabila melakonkan watak dengan wanita berusia seperti bersalaman.

"Ini kerana, saya sudah terbiasa bersalaman dengan saudara. Apapun saya sedar ia perbuatan yang salah.

"Saya akui perlukan masa untuk ubah diri sedikit demi sedikit daripada melakukannya secara drastik," 

Saharul Ridzuan menganggap apa yang berlaku adalah proses mendidik dirinya dan bukan untuk menunjuk baik.

Katanya, dia masih lagi mengekalkan prinsip untuk tidak bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita dalam setiap drama yang dibintangi.

"Bagi saya ia hanya salah faham penonton terhadap adegan bersentuhan dilakukan kerana ia adalah teknik permainan kamera.

"Lagipun setiap babak mesra yang saya lakonkan dibuat secara berlapik dan ia dilihat tidak keterlaluan," 

Pelakon ini tampil bersama Zahirah Mcwilson dalam drama Jangan Benci Cintaku yang mana Azizah Mahzan berlakon menajdi nenek kandungnya.

Saharul Ridzuab tekah berkahwin dengan wanita cantik jelita bernama Deena Amir dan mempunyai seorang cahaya mata.

Semoga Saharul Ridzuan terus berusaha menajdi lebih baik dalam lakonan akan datang.

Tiada ulasan